Polis sita 5 Lamborghini dipandu secara berbahaya

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis menyita lima Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, selepas rakaman video memaparkan insiden itu tular, Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya juga sudah membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu kereta mewah berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita telah membuka satu kertas siasatan atas kes itu dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

"Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua pemandu terbabit adalah negatif bahan terlarang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di Johor Bahru pada Isnin.

Beliau mengulas penularan rakaman video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa kereta Lamborghini dipercayai berkonvoi, memotong laluan secara berbahaya di lebuh raya berkenaan.

Kamarul Zaman sekali gus menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang dan berhemah ketika menggunakan kemudahan awam itu.

"Kita mengalu-alukan kehadiran sesiapa saja yang ingin bercuti dan sebagainya di negeri ini, namun perlulah berdisiplin dan mengikut peraturan.

"Jalan raya dan kenderaan kini ada kamera litar tertutup, jadi berhati-hatilah. Pengguna jalan raya yang melakukan perkara tidak elok... andai dirakam dan ditularkan, ia akan menyebabkan anda diambil tindakan. Oleh itu, berhati-hati," katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan lima lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun selepas mengesan Lamborghini dipandu mereka itu di sekitar kawasan Desaru kira-kira jam 11.40 pagi pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, dipetik berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…