Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform YouTube "Tread The Globe", pasangan warganegara United Kingdom, Chris dan Marianne Fisher telah disaman kerana didapati memandu melebihi had laju.
Polis akan menjalankan siasatan terperinci susulan tularnya satu video di platform Youtube “Tread The Globe” yang memaparkan tindakan seorang anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas pasangan warganegara United Kingdom.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 28, 2024
Sumber: Youtube… pic.twitter.com/mnIWApN7og
Apa yang menghairankan ialah anggota polis trafik tersebut memberikan pilihan kepada mereka untuk membayar RM300 di balai polis, atau RM100 terus di tempat kejadian.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.
Susulan isu tular melibatkan pasangan pengembara UK @TREADtheglobe yg ditahan polis trafik, diminta bayar saman RM100, JSPT @PDRMsia
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) January 28, 2024
ambil maklum mengenai kejadian itu dan siasatan terperinci sedang dijalankan serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku@BuletinTV3 pic.twitter.com/Tb3wkmY7fI
Sumber: Buletin TV3