Menurut laporan media tempatan, Nissan GT-R tersebut dilapor memandu pada kelajuan 159 km/j dalam zon had laju 50 km/j di tengah bandar Rotterdam menggunakan alat pengesan kelajuan laser.
Selain daripada kesalahan melebihi had laju, pemilik GT-R tersebut turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu, selain pendaftaran kenderaan yang sudah luput pada 21 September 2021 yang lalu.
Imej Nissan GT-R yang dirampas itu turut dikongsikan oleh pihak polis menerusi akaun Instagram rasmi mereka.
Menurut pihak berkuasa, masa depan kereta sports Jepun yang dirampas itu akan ditentukan oleh pihak pendakwa raya.
Mungkin pihak berkuasa Netherlands boleh mengambil contoh langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa Portugal, di mana kereta sports yang dirampas itu telah diberikan peluang kedua untuk bertugas sebagai kereta penghantar organ manusia.