Polis langgar mati pelajar didakwa

oleh Hamimah Hamid|
PEGAWAI kanan polis yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh Jumaat lalu dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi

Tertuduh, Mohd Nazri Abd Razak, 44 tahun yang dibawa ke kamar mahkamah dengan tangan bergari dan bertutup kepala mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, pengawai polis terbabit didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun.

Perbuatan itu dilakukan pada 15 Disember lalu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, Perak.

Pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Majistret menetapkan 7 Februari depan sebagai sebutan semula kes.