Lima laluan tikus yang dipantau itu berada di tanah besar Pulau Pinang di mana tiga terletak di selatan Seberang Prai (bersempadan dengan Kedah dan Perak) sementara dua lagi ialah di sawah padi berhampiran Pinang Tunggal di Kepala Batas dan Kampung Selamat di Tasek Gelugor.
Pihak polis mengadakan 42 sekatan jalanraya (SJR) di seluruh negeri tersebut.
Sementara itu polis juga akan mengawasi jalan tebing sungai di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal berhampiran sempadan Pulau Pinang-Kedah, jalan tar kecil di sempadan Kampung Selamat - Padang Serai dan jalan di Ara-Kuda/Lunas di sepanjang Jalan Tun Sardon.
PDRM juga akan mengawasi mereka yang datang dari Kulim atau Kubang Semang, Kedah.
* Gambar utama dan laporan asal dari The Star