Polis sudah melancarkan siasatan untuk mengetahui siapakah pemilik kenderaan tersebut dan identiti kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.
Supt Ismail berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Jenayah kerana membahayakan nyawa orang lain.
Beliau juga menyarankan sesiapa yang mempunyai maklumat akan kejadian itu untuk menelefon hotline polis Johor di 07-2212999 atau membuat laporan di balai polis terdekat.