Polis hantar MPV pantau parkir kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth

oleh Penyumbang Rencana|
Polis akan menghantar Unit Pasukan Peronda (MPV) bagi membuat pemantauan berkala di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bagan Ajam, Butterworth dekat Georgetown yang menjadi sesak.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata pemantauan itu bagi memastikan kesesakan akibat tindakan orang ramai meletakkan kenderaan sehingga tengah lebuh raya itu untuk berbuka puasa di kawasan berkenaan, tidak berulang pada masa hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Bermula hari ini (Selasa), pihak polis akan membuat pemantauan lebih awal iaitu sebelum waktu berbuka puasa di kawasan itu bagi memastikan pengunjung yang hadir tidak meletakkan kenderaan mereka sembarangan sehingga mengganggu laluan di situ.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Selasa.

Beberapa video tular dalam media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai meletakkan kereta sampai ke tengah lebuh raya BORR sehingga menyebabkan keadaan di lebuh raya itu menjadi sesak akibat laluan kenderaan terhalang.

Sementara itu, Mohamed Usuf berkata Polis Pulau Pinang telah meluluskan 246 permohonan permit menjual bunga api dan mercun bersempena dengan sambutan Aidilfitri, setakat ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjual bunga api dan mercun tanpa permit selain melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka…