Polis buru suspek mengintai di tandas

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak dekat Tapah Sedang Sedang dikesan pihak polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Sabtu sekitar jam 4.50 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, mangsa yang berusia 33 tahun menyedari diintai seseorang melalui ruang atas tandas.

 

"Menyedari perbuatan jelik suspek, mangsa telah tampil membuat laporan polis.

 

"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke tandas berkenaan," katanya.

 

Beliau berkata, suspek kemudiannya dilihat beredar daripada kawasan berkenaan dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza.

 

Katanya, berdasarkan semakan nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek, ia didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Pusing, Batu Gajah.

 

"Usaha mengesan suspek dibuat berdasarkan kepada nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan," katanya.

 

Rakaman CCTV berdurasi 41 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki sedang menunggu di hadapan ruang tandas.

 

Seorang wanita dilihat masuk ke dalam tandas dan tidak lama selepas itu, suspek turut menyusup masuk ke tandas sama.