Polis buru suspek kes cabul penumpang wanita di Stesen LRT Maluri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PDRM dengan kerjasama Pasukan Polis Bantuan Prasarana kini sedang menyiasat dan mengesan suspek kes cabul terhadap seorang wanita di platform Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Maluri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan Rapid Rail, seorang lelaki yang disyaki mengalami gangguan mental telah bertindak agresif menceroboh trek LRT dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri pada 28 Julai 2023.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, melibatkan seorang lelaki telah bertindak melulu menceroboh trek LRT menerusi platform 1 ke platform 2.

Suspek kemudian telah cuba mencabul salah seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform tersebut.

Ketika kejadian, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

Orang awam yang melihat kejadian telah berjaya membantu meleraikan mangsa dari suspek, tetapi tidak berjaya diberkas kerana tindakan beliau yang sangat agresif.

Suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen.

Suspek telah meloloskan diri dari stesen tersebut pada jam 8.05 pagi, mangsa dan saksi telah dibawa oleh anggota Polis ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pasukan kejuruteraan Rapid Rail berjaya menggerakkan tren tersebut pada 6.49 petang dan…
Berita Domestik
Stesen LRT yang terlibat ialah Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan juga…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…