PMX jumpa Elon Musk secara maya, umum pembukaan ibu pejabat Tesla

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan secara maya bersama pemilik Tesla yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertemuan tersebut turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata, “Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia."

“Turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.”

Pagi ini juga, Tesla telah mengumumkan pembukaan tempahan bagi Model Y, di samping senarai lokasi Supercharger Tesla di seluruh Malaysia melalui laman web rasminya yang baru sahaja dibuka. Ia berikutan pelancaran rasmi Tesla pada minggu hadapan.

 

2

 

Selain mengalu-alukan kehadiran Tesla, Anwar berkata Malaysia juga akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

Seperti yang diketahui, selain kenderaan elektrik Tesla juga terlibat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih.

Menurut Anwar juga, negara mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.

“Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

Starlink juga merupakan syarikat penyedia internet yang dibangunkan oleh SpaceX, dimana ia juga syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau jelas terpesona ketika dibawa menaiki kereta berkuasa hidrogen iaitu Toyota Mirai dari…
Berita Domestik
Beliau berkata, apa yang perlu dipertimbangkan sekarang ialah isu pengambilan tanah serta…
Berita Domestik
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong akan…