PLUS tutup semua lorong tambah nilai mulai 22 Jun

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sempena musim cuti perayaan aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol.

 

Langkah ini diambil sebagai satu usaha dalam melancarkan trafik dan mengurangkan kesesakkan yang terjadi apabila ramai yanng beratur di lorong tambah nilai.

 

Kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS akan ditutup mulai 22 Jun hingga 2 Julai 2017 nanti.

 

Selain itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

 

PLUS turut menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan bersempena cuti perayaan akan meningkat kepada 21% berbanding hari-hari biasa.

 

Oleh itu, para pengguna dinasihatkan agar menambah nilai kad masing-masing di mana-mana lokasi tambah nilai seluruh negara seperti di mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam, stesen-stesen minyak dan banyak lagi.

 

Jangan lupa ya, tambah nilai secukupnya untuk elakkan masalah baki kad tidak mencukupi ketika di lebuhraya.

 

Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, jangan lupa periksa kenderaan dan paling penting, jangan lupa pakai tali pinggang kaledar.

 

Selamat memandu semua rakan-rakan Careta....

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…