PLUS tawar rebat tol 20 peratus bersempena Tahun Baru Cina

oleh Afandi Che Muhamad|
Kurang dua minggu menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina, PLUS Malaysia Berhad menawarkan rebat 20 peratus kepada pengguna kad Touch ‘n Go dan PLUSMiles pada 12, 13, 20 dan 21 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemilihan tarikh berkenaan dilakukan berikutan keempat-empat hari tersebut merupakan hari bukan puncak.

Untuk makluman, rebat tol 20 peratus itu hanya ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas Pertama yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail (gambar) berkata, penawaran rebat tol 20 peratus tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif menggalakkan orang ramai menggunakan lebuh raya berkenaan pada hari-hari bukan puncak selain simbolik penghargaan terhadap pemegang kad Touch ‘n Go dan PLUSMiles yang berdaftar.
  
"Rebat ini akan dimasukkan dalam bentuk tambah nilai kepada pemilik kad yang berdaftar di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

"Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Selain daripada pemberian rebat tol, PLUS turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membolehkan pengguna lebuh raya berkenaan merancang perjalanan mereka pada musim perayaan akan datang.

Sila rujuk lampiran TTA yang disediakan di bawah: 

Berdasarkan TTA dikeluarkan oleh PLUS, pengguna dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan memasuki lebuh raya tersebut lebih awal (sebelum pukul 10 pagi).

Sementara itu, pengguna dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula dinasihatkan memasuki lebuh raya selepas pukul 10 pagi.

Tambah Azman, langkah tersebut diaplikasikan bertujuan mengelakkan aliran trafik sesak.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lebih 1.6 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan bagi perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…