Plus tambah baik tandas awam di 31 lokasi

oleh Hamimah Hamid|
PLUS Malaysia Berhad (Plus) memperuntukkan kira-kira RM18 juta untuk kerja-kerja penambahbaikan tandas awam di di beberapa kawasan rehat & rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol terpilih sepanjang lebuhraya nya tahun ini.

Sebanyak 31 lokasi terlibat dalam kerja penambahbaikan tandas awam iaitu tujuh kawasan R&R, satu restoran jejantas, 12 hentian sebelah dan 11 plaza tol terpilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Plus menerusi satu kenyataan berkata, kesemua kerja penambahbaikan tandas awam dijangkakan akan siap secara berperingkat dari akhir tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

 

Beberapa tandas awam di kawasan R&R terpilih, telah ditambah baik dengan menambah bilangan tandas duduk dan dilengkapi dengan kubikel khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak, kubikel untuk keluarga, bilik menukar lampin bayi, kemudahan tempat mandi.

 

Kawasan tandas awam tersebut turut ditambah baik dengan landskap untuk pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.

 

Kawasan yang terlibat untuk kerja penambahbaikan tandas awam itu adalah di ;

-R&R Machap (Arah Utara)

-R&R Gelang Patah (Kedua-dua Arah)

-R&R Tapah (Kedua-dua Arah)

-R&R Gurun (Arah Selatan) 

-R&R Pagoh (Arah Selatan)

-R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh 

 

-Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan)

-Hentian Sebelah Pedas Linggi (Kedua-dua Arah)

-Hentian Sebelah Tangkak (Kedua-dua Arah) 

-Hentian Sebelah Bukit Gantang (Kedua-dua Arah)

-Hentian Sebelah Tikam Batu (Arah Selatan)

-Hentian Sebelah Alor Pongsu (Kedua-dua Arah) 

-Hentian Sebelah Behrang (Arah Selatan)

-Hentian Sebelah Kampung Bemban (Arah Utara)

 

-Plaza Tol Tapah

-Plaza Tol Kajang

-Plaza Tol Jalan Duta

-Plaza Tol Simpang Ampat

-Plaza Tol Sungai Besi

-Plaza Tol Seafield

-Plaza Tol Kota Damansara

-Plaza Tol Bukit Raja

-Plaza Tol Setia Alam

-Plaza Tol USJ

-Plaza Tol Putrajaya

 

Buat masa kini, hanya 11 lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS telah disiapkan lebih awal dan sudah boleh digunakan oleh semua pengguna Lebuhraya PLUS.

 

11 lokasi tersebut adalah; 

-R&R Gelang Patah (Arah Utara), 

-Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan)

-Hentian Sebelah Pedas Linggi (Arah Utara)

-Hentian Sebelah Tangkak (Arah Selatan)

-Hentian Sebelah Tikam Batu (Arah Selatan) 

-Hentian Sebelah Alor Pongsu (Arah Utara)

-Plaza Tol Jalan Duta

-Plaza Tol Tapah 

-Plaza Tol Kajang

-Plaza Tol Bukit Raja 

-Plaza Tol Simpang Ampat

 

 

Penulis: Firdaus Razani