Pirelli keluarkan tayar warna-warni

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda pernah menonton acara perlumbaan Formula One kebelakangan ini, anda mungkin akan terlihat papan tanda iklan di litar perlumbaan yang menunjukkan iklan tayar Pirelli baharu yang menampilkan pelbagai warna pada tulisan di tepi dinding tayar tersebut.

 

Pirelli4

 

Siri tayar berwarna ini ditawarkan untuk model tayar berprofil rendah P Zero dan Winter Sottozero, yang bermula dengan saiz 19 inci dan ke atas.

 

Pirelli1

 

Terdapat pilihan empat warna: merah, putih, kuning dan perak. Warna-warna ini mendapat inspirasi dari warna tayar kereta lumba Formula One, yang diwarnakan bagi membezakan kegunaan khusus masing-masing.

 

Pirelli3

 

Selain penampilan pilihan warna, terdapat juga Pirelli Connesso, iaitu sejenis tayar yang mempunyai pengesan untuk memberikan informasi kepada pemandu dengan secara langsung tentang fakta-fakta seperti status permukaan, kadar penggunaan dan tahap penjagaan tayar tersebut, dan ia boleh dihubungkan pada peranti anda melalui aplikasi khas.

 

Pirelli2

 

Ini akan memastikan bahawa tayar anda bukan lagi suatu komponen pasif dan berupaya digunakan dengan bijak.

 

Pirelli5

 

Pirelli Connesso juga akan ditawarkan bagi model P Zero dan Winter Sottozero, bagi saiz 19 inci ke atas.

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dengan adanya Cinturato Rosso, ia bertindak sebagai pelengkap kepada penawaran tayar-tayar Pirelli…
Berita Global
Selari dengan kemajuan teknologi, tayar kini bukanlah dilihat sebagai getah bulat yang membenarkan…
Sukan Bermotor
Pirelli bukan sahaja bertindak sebagai pembekal, malah organisasi itu turut bertanggungjawab…