Pininifarina mahu hasilkan kereta 0 - 100 km/j bawah 2 saat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pininfarina adalah firma reka bentuk Itali yang kini dimiliki oleh Mahindra & Mahindra dari India. Selepas memiliki firma itu, Mahindra & Mahindra kemudian menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Automobili Pininfarina.

Nama itu dilesenkan daripada Pininfarina.

Fungsi Automobili Pininfarina ialah membangunkan kereta sendiri dan idea yang begitu menarik selepas bertahun-tahun Pininfarina mereka bentuk kereta jenama lain seperti Ferrari, Alfa Romeo, Fiat dan sebagainya.

Projek pertama Automobili Pininfarina ialah sebuah kereta hiper elektrik. Satu segmen yang menjadi kegemaran syarikat baharu seperti Automobili Pininfarina ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pininfarina PF0

 

Kereta hiper tersebut diberi nama Pininfarina PF0 dan ia bakal dipertontonkan kepada awam pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva 2019.

Buat mereka yang teruja dengan idea ini, Automobili Pininfarina akan mempamerkan model konsep bersaiz penuh pada Pebble Beach Concours d’Elegance bermula 22 hingga 26 Ogos depan.

Pameran ini mensasarkan bakal pelanggan yang berminat untuk menjadi pembeli terawal.

Reka bentuk PF0 dibuat di Pininfarina SpA Design Studio dan ia bakal dibina dengan tangan di Cambiano, Itali oleh Pininfarina SpA.

Produksi PF0 adalah terhad kepada 150 unit sahaja dan ia akan mula dikeluarkan pada tahun 2020.

PF0 sekarang ini dalam peringkat akhir reka bentuk dan ia mempunyai pengaruh daripada model rekaan klasik dan konsep Pininfarina iaitu Cisitalia, Modulo dan Sintesi.

 

Pininfarina PF0

 

Badan PF0 dibina daripada gentian karbon dan melalui kuasa elektrik, prestasinya begitu menggagumkan. PF0 dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j kurang daripada dua saat dan kelajuan maksimumnya ialah 402 km/j.

Jarak perjalanan kereta hiper elektrik ini pula sejauh 482 km dengan cas penuh.

Ini projek yang mengujakan dengan angka-angka luar biasa apatah lagi ia dibina sendiri oleh Pininfarina.

Rasanya jumlah 150 unit yang ditawarkan senang-senang sahaja boleh dijual.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Skrin aerodinamik pada bahagian depan boleh dilaras secara elektronik dan dimaklumkan sebagai…
Berita Global
  Dari contoh di atas, masuk akal apabila Automobili Pininfarina mempertontonkan kereta konsep …
Berita Global
Helmet baharu itu direkayasa untuk memenuhi piawaian ketat FIA 8859/Snell SA2020, di mana ia sesuai…