Battista sekarang ini merupakan kereta buatan Itali paling berkuasa dengan nadi elektrik yang menghasilkan 1,900 kuasa kuda (hp) dan daya kilas 2,340Nm.
Kelajuan maksimum mencecah 350 km/j dan jarak pemanduan sehingga 476 kilometer (km) mengikut standard WLTP.
Battista dibekalkan bateri berkuasa 120 kilowatt jam (kWh) dan digerakkan empat motor elektrik pada setiap roda.
Rekod prestasi Battista dibuat dan disahkan di Nardò, Itali semasa ujian global dan program pembangunan pada awal tahun ini.
Setiap Battista memerlukan lebih 1,250 jam untuk dihasilkan di Cambiono, Itali dan seperti biasa pelanggan boleh memilih pelbagai warna dan kemasan yang diinginkan.
Satu lagi ciri menarik pada Battista ialah bunyian SUONO PURO untuk menemani sesi pemanduan.
Sebagai sebuah kereta elektrik yang tidak mempunyai enjin pembakaran dalaman, bunyi jadian adalah perkara biasa.
Ada lima mod pemanduan pada Battista iaitu Pura, Calma, Energica, Furiosa dan Carattere.
Hanya 150 buah Battista dihasilkan dan ditawarkan pada harga permulaan 2.2 juta euro (RM10.32 juta).
Walaupun dibuat di Itali, ibu pejabat Automobili Pininfarina terletak di Munich, Jerman dan syarikat merupakan pelaburan 100 peratus milik Mahindra & Mahindra Ltd dari India.
Penulis: Muhammad Md Tajudin