Pilihan pakej tambahan pada Tesla cecah sehingga RM32k!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengumuman harga rasmi untuk Tesla di pasaran Malaysia sememangnya memberikan impak besar kepada pesaing dalam segmen EV, Tesla memulakan langkah kanan dan mula mengambil tempahan bagi Model Y, di mana harga varian asas bermula dari RM199,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sememangnya permulaan yang amat kompetitif dan pastinya memberi tekanan kepada pesaing.

Untuk pengetahuan setiap varian bagi Model Y ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa dan juga pilihan beberapa pakej tambahan untuk pembeli.

Sebelum masuk kepada pilihan pakej tambahan, berikut merupakan tiga pilihan varian Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia:

Tesla Model Y RWD (RM199,000)

tesla


• motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
• jarak gerak 430 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 kmsj 6.9 saat
• kelajuan maksimum 207 km/j
• rim Gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Long Range (RM246,000)

tesla


• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• jarak gerak 533 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 km/j 5.0 saat
• kelajuan maksimum 217 km/j
• rim Gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Performance (RM288,000)

awd


• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• jarak gerak 514 km (data WLTP)
• pecutan 0-100 km/j 3.7 saat
• kelajuan maksimum 250 km/j
• rim Überturbine 21 inci
• sistem brek berprestasi
• sistem gantungan direndahkan
• pedal aloi aluminium
• spoiler gentian karbon

 

Untuk dua varian terawal juga, terdapat pilihan untuk naik taraf kepada rim 20 inci Induction dengan bayaran tambahan RM10,000.

Berikut pula merupakan senarai pilihan pakej yang boleh ditambah oleh pelanggan:

Warna

Model Y ditawarkan dengan lima pilihan warna, Pearl White Multi-Coat didatang standard tanpa sebarang cas.

Untuk pilihan empat lagi warna, berikut merupakan harga tambahan yang perlu dibayar:

  • Solid Black (RM5,000)
  • Midnight Silver Metallic (RM5,000)
  • Deep Blue Metallic (RM5,000)
  • Red Multi-Coat (RM10,000)

Ruang kabin

Warna untuk ruang kabin pula didatangkan standard dengan warna hitam, manakala pilihan warna dua tona (hitam/putih) ditawarkan dengan bayaran tambahan RM5,000.

Enhanced Autopilot

Ia merangkumi fungsi Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon dan Smart Summon dengan bayaran tambahan RM16,000.

Full Self-Driving Capability

Menjadi pilihan pakej termahal, Full Self-Driving Capability menawarkan kesemua fungsi yang terdapat pada Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot dengan bayaran tambahan RM32,000.

Kini anda yang berminat boleh menempah Model Y mengikut varian dan pilihan pakej tambahan yang diinginkan melalui laman web khas Tesla Malaysia, dengan yuran tempahan RM1,000 (tidak akan dipulangkan).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…