Pikap hibrid mampu pecut 0-96kmsj dalam 5.5 saat!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Workhorse telah melancarkan trak pikap mereka, W-15 yang menggunakan teknologi Plug-In Hybrid tetapi masih mampu berjalan sejauh 128 km dengan hanya kuasa elektrik bateri.

Menurut syarikat tersebut, ia mempunyai dua motor elektrik (pada gandar hadapan dan belakang) dan boleh menghasilkan tenaga keseluruhan setinggi 460 hp.

Walaupun ia jauh lebih besar dari trak pikap kebiasaan di Malaysia (W-15 ini ialah hampir 6 meter panjang, 2 meter lebar, 1.9 meter tinggi dan seberat 3.26 tan), ia masih mampu memecut dari 0 ke 96 kmsj dalam masa 5.5 saat.

Ini bermakna ia lebih laju dari kebanyakan kenderaan di jalanraya kita.

Bateri Panasonic diletakkan di dalam kerangka trak ini.

Trak W-15 menggunakan bateri Panasonic untuk menyimpan cas elektrik. Selain dari punca kausa itu, ia juga mempunyai enjin petrol yang bertindak sebagai “range-extender” dan mampu pergi sejauh 499 km dengan setangki bahan api.

Untuk menambahkan praktikaliti trak W-15 ini, ia mempunyai soket elektrik pada sisinya dan boleh digunakan untuk perkakasan elektrik.

Rekabentuk trak pikap W-15 ini memang sedikit unik dan pastinya tidak mampu diterima oleh semua. 

Bahagian hadapan nampak sangat futuristik dan seperti direka menggunakan pembaris sahaja dan lampu yang diambil dari bas ekspres. 

Papan pemuka namnpak sangat plastik.

Bahagian belakang pula datang dengan lampu ala-ala Ford Raptor. Papan pemuka juga sangat ringkas dan nampak plastik.

Apa pun, bentuk ialah sesuatu yang subjektif dan mahal dan mungkin Workhorse boleh menghasilkan bentuk yang lebih waras di masa hadapan.

Harga masih belum diumumkan tetapi syarikat Workhorse Group yang berpangkalan di Ohio, US dengan kilang chassis mereka sendiri di Indiana, US telah menyatakan sebanyak 4,650 tempahan telah diterima.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Domestik
Angka itu sekaligus dapat mengekalkan Daihatsu Gran Max sebagai model pikap dan van panel nombor 1…
Berita Domestik
Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori,…