Pierre Leclercq - Bekas pereka BMW dan GWM sertai Kia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pierre Leclercq
Pierre Leclercq
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejak sedekad lalu, Kia telah berjaya dalam proses transformasi dari syarikat yang dipandang sebelah mata kepada lebih serius dan kini menjadi ancaman kepada pengeluar lain.

Di antara faktor kejayaan Kia ialah reka bentuk kontemporari yang telah dibawa dengan jayanya oleh Peter Schreyer. 

Dalam bahasa lain, Kia telah melabur pada modal insan bukan sahaja pada Peter Schreyer tetapi sejumlah sumber manusia lain yang memahami ke mana Kia hendak dibawa.

Faedah pelaburan itu sedang dinikmati oleh Kia yang boleh diperhatikan pada produk-produk semasa mereka.

Terbaru, Kia Motors telah melantik Pierre Leclercq sebagai Ketua Penggayaan (Head of Styling) di mana beliau akan bekerja di ibu pejabat reka bentuk yang terletak di Namyang, Korea.

Pelantikan Pierre akan membantu Kia dalam membangunkan DNA rekaan yang konsisten bagi pelbagai model keluarannya. 

Jawatan yang disandang sebagai Ketua Penggayaan baru pertama kali diwujudkan dan secara spesifik beliau yang berasal dari Belgium akan bertanggung jawab dalam beberapa perkara berikut:

  • Membangunkan strategi reka bentuk jangka masa panjang
  • Meneraju inovasi rekaan untuk luaran, dalaman, material dan tekstil
  • Mengukuhkan kerjasama rekaan di antara rangkaian studio Kia di serata dunia seperti AS, Eropah, China dan Korea

Pierre akan memulakan tugas pada penghujung September ini dan beliau akan turut bekerja bersama dengan Presiden dan Ketua Pegawai Reka Bentuk Hyundai Motor Group, Peter Schreyer dan Ketua Pusat Reka Bentuk Kia Korea, Seon Ho Youn.

Berikut ialah biodata kerjaya Pierre Leclercq

  • 1998 - Graduan Ijazah Reka Bentuk Pengangkutan, Art Center College of Design, Pasadena, California
  • 2013 – 2017  Ketua Reka Bentuk di Great Wall Motors Global
  • 2011 – 2013  Ketua Reka Bentuk Jenama, BMW M
  • 2004 – 2010  Pereka Kanan Luaran, BMW Munich
  • 2000 – 2003  Pereka Luaran, BMW Los Angeles
  • 1999 – 2000  Ford Advanced (Ghia studio), Turin, Itali

Penulis: Muhammad Md Tajudin