Dana CSR tersebut berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM2.43 juta sejak dimulakan pada Januari 2022 oleh PIAM dan ahlinya, bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh pemilik kenderaan yang terjejas akibat bencana banjir besar tempoh hari.
Dana CSR itu disalurkan dalam bentuk subsidi untuk kos pembersihan mekanikal (tidak termasuk pembaikan) di mana-mana bengkel yang tersenarai di bawah industri insurans am bagi mempercepatkan urusan pembayaran tuntutan banjir, penafian dokumentasi tuntutan mandatori tertentu, memudahkan proses tuntutan dan pelepasan khas tambahan yang mungkin disediakan oleh penanggung insurans individu.
Para pemohon yang layak dinasihatkan menghantar permohonan mereka menerusi portal MyCSR-Flood.my sebelum 15 Jun 2022, dan sebarang permohonan yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.