PIAM tampil membantu mangsa banjir

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Insurans Am Malaysia atau PIAM memandang serius keadaan mangsa-mangsa bencana banjir di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak dan telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Malaysia Search and Rescue Antarabangsa (MISAR), sebuah unit di bawah National Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) Jabatan Perdana Menteri dengan mengadakan usahasama dan memulakan inisiatif seluruh industri untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir pada waktu genting ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa syarikat insurans am juga telah bersetuju untuk menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan dengan menyediakan peruntukan asas dan menguruskan pasukan pembersihan dan pembiayaan untuk membeli keperluan asas.
Syarikat ahli-ahli PIAM juga akan mempercepatkan proses tuntutan di semua negeri yang terjejas bagi membantu mangsa banjir di masa ini. Mangsa banjir boleh menghubungi talian Hotline PIAM, 03-2274 7399 atau talian hotline syarikat insurans atau cawangan terdekat untuk maklumat atau pertanyaan lanjut dan untuk memaklumkan kerugian yang dihadapi. 
Butiran hubungan syarikat insurans boleh didapati di laman web PIAM di www.piam.org.my.

Untuk meringankan kesulitan pemegang polisi, beberapa syarikat ahli PIAM telah bersetuju untuk membolehkan pembayaran premium ditunda (selain insurans motor) kepada pemegang polisi yang terjejas akibat banjir tersebut. Premium yang hampir tamat tempoh dalam masa 30 hari akan datang, anda diberikan lanjutan selama 30 hari. Di samping itu, pemegang polisi juga turut diberikan fleksibiliti dalam penyerahan dokumen yang relevan untuk memudahkan tuntutan keseluruhan proses kerana kehilangan dokumen atau kerosakan disebabkan banjir tersebut.

 

banjir 1

 

Pemegang polisi insurans juga dinasihatkan untuk mengikuti berita dari media sosial untuk memantau tuntutan pantas mangsa banjir. Sebagai contoh, tuntutan melalui nombor WhatsApp 24 jam diterima tanpa sebarang dokumen dengan kadar kelulusan segera untuk jumlah yang kurang daripada RM20,000.

Sesetengah syarikat insurans juga menawarkan pembayaran tuntutan interim sementara tuntutan sedang diproses untuk mengurangkan bebanan mangsa banjir.

Memandangkan setiap kes dan tuntutan pemegang polisi adalah berbeza, anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans masing-masing secepat mungkin.

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…