Piala Dunia 2018: NZ Wheels, Mercedes-Benz sokong pasukan bola sepak Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Seramai lebih 350 orang penyokong dan pelanggan NZ Wheels hadir menyokong pasukan kebangsaan Jerman pada siaran langsung Piala Dunia 2018 bertempat di SOULed Out, Hartamas semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siaran langsung perlawanan di antara Jerman dan Mexico itu turut meriah dengan hiasan warna tema pasukan Jerman memenuhi ruang NZ Wheels dan sorakan gegak gempita daripada penyokong-penyokong daripada pasukan negara Mercedes-Benz itu. 
 


Menurut Dato' Samson Anand George, CEO Automotive Group Naza Corporation Holdings berkata, "NZ Wheels World Cup 2018 Live Viewing Party ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kami kepada para pelanggan yang setia, rakan-rakan dan juga ahli keluarga mereka dengan membawakan mereka kemeriahan menonton Piala Dunia."

"Dengan ini, kami berharap agar dapat memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik, di samping menawarkan produk yang terbaik sejajar dengan tagline Mercedes-Benz untuk pasukan Jerman - Best Never Rest!" tambah beliau.
 


Turut hadir sama ialah Dr. Claus Weidner, Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia serta Mark Raine, Timbalan Presiden Unit Jualan dan Pemasaran bagi memberikan sokongan kepada negara mereka pada acara tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…