PHSAM perkenal Pelan Pengiktirafan Audi untuk pemilik model import terpakai

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) baru-baru ini telah melancarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) dalam usahanya untuk menyokong model import terpakai (parallel import) Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelan itu merangkumi pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi, Pakej Pembaikan Audi dan Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos untuk membantu para pemilik Audi import terpakai.

Pelan-pelan tersebut termasuk penggunaan alat ganti tulen, penyelenggaraan, pembaikan dan servis untuk memberi pengalaman lebih baik kepada para pemilik Audi import terpakai.

Sebelum layak untuk menerima pelan itu, Audi yang dibeli daripada pengimport parallel perlu dinilai menerusi Pemeriksaan Kondisi Audi (ACC) 300 poin Audi di mana-mana Audi Centre untuk mengendalikan pelan berkenaan, di mana pemeriksaan dilakukan secara percuma.

Bergantung kepada keputusan pemeriksaan, para pemilik kemudian boleh mendaftar dengan Pelan Pengiktirafan Audi yang merangkumi:

  • Audi Plus - penjimatan ke atas servis, pembaikan, alat ganti dan penyelenggaraan untuk kereta berusia 5 tahun dan ke atas.
  • Pelan Insurans Audi - Direka secara eksklusif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan perlindungan yang komprehensif.
  • Pakej Pembaikan Audi - Diskaun sebanyak 30 peratus ke atas beberapa barangan seperti set brek, penyerap hentak, galas (bearing) dan tali sawat pemasaan untuk kereta berusia 6 tahun dan ke atas.
  • Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos - Diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat-alat ganti terpilih yang rosak teruk akibat insiden tidak diingini.

 

2

 

Untuk meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan, Audi juga bakal melancarkan aplikasi peranti pintarnya menawarkan akses pelbagai ciri untuk semua pemilik Audi.

Aplikasi itu bakal pelbagai ciri termasuk pencarian stesen pengecasan EV, membuat temu janji servis atau menerima berita dan kemas kini terbaharu.

Ianya bakal menawarkan pelanggan dengan lebih kawalan terhadap pengalaman pemilikan dan pemanduan mereka. Pemilik Audi yang berminat boleh mendaftar terlebih dahulu di laman web myAudiWorld.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Pengiktirafan Audi, sila layari laman web Audi Malaysia atau kunjungi Audi Centre berdekatan anda.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…