Peugeot 508 GT mantap dengan biodiesel B10

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Sedar atau tidak, penggunaan biodiesel bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia kerana semua diesel yang berada di stesen minyak kini merupakan biodiesel B7 (campuran tujuh peratus metil ester sawit).


Di Indonesia, negara itu sudah lama menggunakan biodiesel B10, dan kini mereka sudahpun menggunakan B20 (campuran dua puluh peratus metil ester sawit) sejak tahun 2016 lagi.


Indonesia sedang menuju ke arah pelaksanaan B30 (campuran tiga puluh peratus metil ester sawit) menjelang tahun 2020. Setakat ini, penggunaan B20 di negara itu tidak mengalami sebarang masalah dengan isu waranti oleh pengedar-pengedar kenderaan.

 

B20

 

Walaubagaimanapun, pelaksanaan penggunaan B10 di Malaysia masih lagi belum menjadi kenyataan berikutan harga sawit yang tinggi dan tidak stabil. Pihak Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) masih menunggu sehingga harga sawit stabil kerana ingin meminimumkan kos dan tidak mahu membebankan pengguna.


MPOB telah menjalankan pelbagai ujian bagi membuktikan bahawa penggunaan biodiesel B10 tidak akan memberi sebarang kesan buruk terhadap enjin kenderaan.

 
Selain menjalankan ujian dalaman, pihak MPOB juga telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar kenderaan Jepun (JAMA). Menurut JAMA, penggunaan biodiesel B10 sehingga campuran B20 tidak memerlukan sebarang modifikasi yang perlu dilakukan kepada kenderaan.

 

B10


Sebelum ini, Careta telahpun beberapa kali mengikuti program dan ekspedisi bersama pihak MPOB untuk menguji penggunaan biodiesel B10 dengan jentera trak pikap ke Ekspedisi Trans Borneo sejauh 1,000 km,  ekspedisi “off-road” ke Teluk Intan, Pahang serta temubual bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga menggunakan biodiesel B10 untuk 50 unit kenderaan DBKL.


Menurut pihak DBKL sendiri, penggunaan biodiesel B10 ini tidak memberikan mereka sebarang masalah sejak digunakan dari tahun 2014. DBKL kini telah mencapai jarak sehingga tiga juta km dengan menggunakan biodiesel B10.

 

DBKL


Pemanduan B10 dengan sedan Peugeot 508 GT HDi


Kali ini, Careta telah dijemput untuk memandu uji kenderaan sedan iaitu Peugeot 508 GT, ke Pulau Pinang bersama Pegawai Penyelidik Teknologi Biodiesel MPOB, Daryl Jay Thaddeus dan dua orang lagi pemandu yang dikenali sebagai Shah dan Jaapar.


Selain Peugeot GT, sebuah lagi kenderaan sedan mewah iaitu BWM 520d turut digunakan untuk menjalankan kajian dengan menggunakan biodiesel B10.

 

B10


Menurut Daryl, kenderaan ini digunakan oleh pihak MPOB untuk menjalankan kajian penggunaan biodiesel B10 sehingga mencapai had perbatuan 300,000 km. Setelah mencapai had perbatuan yang dikehendaki, kajian terperinci terhadap enjin kenderaan akan dijalankan oleh pihak Peugeot sendiri bagi menilai keadaan enjin yang telah meggunakan bahan api biodiesel B10. 

 

B10


Setiap minggu, jentera ini akan dipandu ke beberapa lokasi seperti Terengganu, Johor, Pahang dan Pulau Pinang untuk diuji. Setakat ini, Peugeot 508 GT ini telah dipandu sejauh lebih kurang 180,000 km menggunakan biodiesel B10 tanpa sebarang masalah dari segi pemanduan mahupun kerosakkan.


Kami memulakan perjalanan dari MPOB Bandar Baru Bangi, dan sebelum bertolak ke Pulau Pinang, kami isi tangki minyak Peugeot 508 GT ini dengan biodesel B10. Careta tidak melepaskan peluang untuk memandu uji jentera yang diisi dengan B10 ini. 


Ternyata pemanduan tidak memberikan kami sebarang masalah. Segalanya berjalan dengan lancar dan tiada perbezaan yang dirasakan memandu menggunakan diesel biasa dan diesel B10 ini. Hasil catatan penggunaan bahan api yang telah kami dapati adalah 60L untuk jarak 850 km pergi dan balik. 

 

B10


Antara kelebihan-kelebihan biodiesel B10;
•    Lebih bersih
•    Kurang toksik
•    Mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon monoksida
•    Mengurangkan pemanasan global
•    Mempunyai kandungan sulfur yang sangat rendah

 

B10

 

 

Penggunaan biodiesel B10 bukan paksaan


Untuk makluman, sekiranya pelaksanaan biodiesel B10 ini dilaksanakan nanti, diesel Euro 5 dengan campuran B7 akan kekal berada di stesen minyak, manakala B10 akan digantikan dengan Euro 2 M yang kini berada di pasaran. Pelanggan masih diberi pilihan samada memilih untuk menggunakan B7 atau B10. 

 

Jika penggunaan biodiesel B10 ini dilaksanakan di seluruh negara, ia dianggarkan dapat membuang emisi daripada 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun. Ia juga dapat mengurangkan 350,000kg sulfur di atmosfera setiap tahun sekaligus mengurangkan kesan hujan asid.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan…
Berita Global
Currently, Malaysia is already selling B7 biodiesel at the pumps for both Euro 2M diesel and Euro 5…
Informasi
Bagi anda yang masih meragui penggunaan biodiesel B10 terhadap enjin kenderaan, sebenarnya…