Peugeot 5008 dilancarkan - SUV tujuh tempat duduk, RM173,888 atas jalan tanpa insurans

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan SUV Peugeot 5008 serba baharu.
Peugeot 5008 baharu yang dinaiktaraf daripada segmen MPV sebelum ini menawarkan 7 tempat duduk yang mampu memuatkan penumpang dewasa dengan selesa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Berucap ketika pelancaran rasmi SUV segmen C itu, CEO Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan berkata: "Peugeot 5008 serba baharu ini menampilkan rupa bentuk yang menarik, serta menggabungkan versatiliti sebagai SUV dan praktikaliti sebagai MPV dalam masa yang sama."

Turut hadir ketika pelancaran ialah Dato' Samson Anand George, CEO Kumpulan Automotif Naza Corporation. 
Pihak Kumpulan Automotif Naza mensasarkan jualan SUV ini mencecah 3,600 unit pada tahun 2018.

 


Dibangunkan berdasarkan platform Efficient Modular Platform baharu (EMP2), SUV ini dikuasakan dengan enjin 1.6 Turbo THP menghasilkan 167 PS dan kuasa tork maksimum sebanyak 240 Nm yang masuk seawal 1,400 rpm putaran enjin. 

Kuasa itu kemudian digandingkan dengan penggunaan transmisi enam kelajuan automatik dengan teknologi Quickshift. Peugeot 5008 turut dilengkapi dengan ciri paddle shift. 

DI atas jalan, SUV ini mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam masa hanya 9.2 saat dengan pusingan radius minimum 5.35 meter.
 


Peugeot 5008 turut menampilkan ciri Peugeot i-Cockpit, dengan penggunaan skrin sebesar 8 inci di konsol tengah, serta 12.3 inci Digital Head-Up Cluster Display yang memaparkan meter kelajuan, odometer dengan ciri animasi yang menyenangkan penglihatan pemandu.

Bagi keselesaan penumpang, kesemua tujuh tempat duduk dibaluti kulit premium. Terdapat beberapa konfigurasi yang boleh ditetapkan mengikut kehendak penumpang dengan ciri kerusi yang boleh dilipat rata, dan dilaras secara individu bagi memaksimumkan ruang. 

Ciri ini membolehkan Peugeot 5008 menawarkan ruang kargo sebesar 1,060 liter dengan kerusi baris ketiga dilipat, dan 2,042 liter ruang kargo apabila kerusi baris kedua dilipat sepenuhnya. 
 


Ciri keselamatan juga tidak dilupakan. SUV ini turut dilengkapi dengan 6 beg udara, 3 poin ISOFIX, kawalan kestabilan elektronik, Advance Grip Control dengan 5 mod pemanduan, Hill Assist Descent Control, Lane Departure Warning serta amaran perhatian kepada pemandu. 

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuklah sistem hiburan dengan sambungan Apple CarPlay, Android Auto, dan Mirrorlink, sistem pendingin hawa dua zon, kerusi boleh laras dengan 8 simpanan memori, ciri bunyi 3D Arkamys dengan enam buah speaker keliling, dan brek parking elektrik.

Walaupun SUV ini baharu sahaja dilancarkan pada bulan Januari tahun ini, ia telah memenangi anugerah global seperti Anugerah SUV of the Year pada CCT100 2018 dan juga Best Large SUV pada anugerah What Car? 2018. 

 


Ditawarkan dengan empat pilihan warna termasuklah Emerald Crystal, Amazonite Grey, Nera Black dan Pearlescent White, Peugeot 5008 dijual pada harga RM173,888 di Semenanjung Malaysia tanpa insurans dengan jaminan pengeluar selama lima tahun. 

Pembeli juga turut mendapat peluang akses 24 jam kepada servis Peugeot Assistance serta akses khas memasuki SkyLounge by Naza di Subang Skypark. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung bakal menikmati rebat yang menakjubkan lebih RM8,000 dan berpeluang memenangi "ketupat"…
Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…