Peugeot 208 versi elektrik hadir seawal 2019

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot bercadang untuk melakukan perubahan besar pada model hatchback sedia ada 208 dan buat pertama kalinya ia bakal menerima varian elektrik seawal tahun hadapan menggunakan platform e-CMP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Platform e-CMP yang digunakan ini sebenarnya amat sesuai untuk digunakan kerana ia direka untuk menerima pelbagai jenis sistem pacu kuasa termasuklah kuasa elektrik. 

Namun menurut Peugeot, model kereta elektrik ini dikatakan hampir serupa dari segi penampilan luaran jika dibandingkan dengan versi enjin pembakaran dalaman. 

Antara perubahan yang bakal diadaptasikan termasuklah penambahan gril hadapan yang rata, serta perubahan pada sistem infotainmen dan juga paparan kluster meter. 

Menurut ketua pereka Gilles Vidal, 208 varian elektrik ni dijangka akan melengkapkan lagi barisan penawaran hatchback 208 kepada masyarakat umum. 

Tambah beliau lagi, tiada sebarang perancangan bagi Peugeot untuk mencipta sebuah sub-jenama elektrik (seperti Volkswagen), namun beliau menegaskan hampir kesemua model Peugeot pada masa akan datang bakal menerima varian elektrik selewatnya pertengahan 2020.

 


Dalam masa yang sama juga, Peugeot kini sedang membangunkan generasi seterusnya crossover 2008 menggunakan platform kongsi PSA-Dongfeng yang dijangka hadir menjelang tahun hadapan. 

Seperti 208, 2008 juga bakal menerima varian elektrik tersendiri tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Peugeot, antara model terawal yang bakal mendapat kemaskini tersebut termasuklah model 208…
Berita Global
Kedua-dua model tersebut telah berjaya mencuri perhatian dari para juri dengan rekaan luaran yang…