Petronas, Yamaha bakal guna khidmat Hafizh Syahrin, Jorge Lorenzo di dalam satu pasukan?

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat desas desus yang berlegar di sekitar dunia MotoGP yang mengatakan kemungkinan besar Malaysia akan mempunyai pasukan MotoGP tersendiri pada tahun 2019 dengan menjadikan Yamaha sebagai penaja utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pihak SIC kini sedang mencari jalan untuk mengekalkan khidmat pelumba negara, Hafizh Syahrin dengan jentera pilihan Yamaha M1 untuk musim MotoGP 2019.


Kita semua sedia maklum bahawa pegawai-pegawai tertinggi SIC kini sedang mengadakan perbincangan tergempar dengan Dorna, ahli pasukan serta penaja Yamaha, namun keputusan perbincangan tersebut tidak pernah diumumkan. 

Beberapa media juga menyebut kemungkinan besar Yamaha bakal menaja sebuah pasukan sahaja pada tahun hadapan, dan persoalan tersebut masih menimbulkan tanda tanya. 
 


Terdapat sumber yang menyatakan bahawa Petronas dan Yamaha bakal menaja dan mengambil kembali khidmat pelumba yang pernah memenangi tiga gelaran MotoGP bersama Yamaha, iaitu Jorge Lorenzo daripada pasukan Ducati sebagai penunggang kedua. 

Sekiranya benar terjadi, tindakan tersebut dilihat dapat menyelesaikan beberapa masalah semasa yang dihadapi oleh MotoGP seperti:

  • Ducati bakal menerima pengganti untuk pasukan Ducati Desmosedici FP
  • Hafizh Syahrin mengekalkan penglibatannya di dalam MotoGP 2019
  • Pasukan baharu bakal menggantikan Marc VDS yang dikatakan bakal menghentikan penglibatan MotoGP mereka pada akhir musim. 

     


Setakat ini, berita di atas merupakan sekadar desas desus kencang yang masih tiada kesahihan yang nyata. 

Diharapkan khabar berita daripada Litar Mugello pada minggu ini mampu memberikan nafas lega kepada para peminat MotoGP secara khususnya.

 

Sumber: BikesRepublic 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…