Menurut naib presiden perniagaan pemasaran hiliran dan juga pengerusi Petronas Lubricants International Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, pertumbuhan ini bakal dipacu oleh operasi di China dan India, di mana PLI akan menambah dua pusat penghasilan di kedua-dua buah negara tersebut.
"Kami mensasarkan pelancaran rasmi pusat penghasilan bendalir di India dalam masa dua minggu lagi, di mana kadar penggunaan kapasiti dicatatkan pada 60 peratus, bermakna kita masih lagi mempunyai ruang untuk meningkatkan lagi kadar pengeluaran.
"PLI mensasarkan kedudukan lima terbaik global dalam masa empat ke lima tahun," Syed Zainal memberitahu wartawan dalam Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik yang dianjurkan oleh PLI baru-baru ini.
Ketika ini, PLI memiliki kedudukan kesembilan terbaik di dunia di dalam aspek volum, dengan jumlah penjualan mencecah 1.2 bilion liter untuk tahun 2018.
Menurut Syed Zainal lagi, kadar pertumbuhan PLI merupakan antara yang terpantas berbanding purata industri, iaitu 3 peratus tahun-atas-tahun pada tahun lalu, berbanding purata industri 1-2 peratus.
Simposion Bendalir EV yang diadakan di pusat kajian dan teknologi PLI Turin, Itali baru-baru ini mengumpulkan kira-kira 120 pakar industri termasuklah di dalam bidang automotif dan pengeluar komponen dari serata dunia.
Ia bertujuan untuk membincangkan serta menampilkan inovasi di dalam bidang EV demi mendukung e-mobiliti yang lebih bersih, cekap tenaga dan mampan pada masa akan datang.
Sumber: The Star