Petronas Diesel Euro 5 Pro-Drive Formula Terbaharu Untuk Perjalanan Lebih Lancar dan Menjimatkan

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan diesel Euro 5 Pro-Drive yang mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah dan terbukti dapat melancarkan perjalanan anda dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Diesel Euro 5 Pro-Drive ini telah dihasilkan berdasarkan gabungan formula secara unik dengan kerjasama dari IVECO, syarikat dari Itali yang telah menjana formula untuk pasukan Petronas De Rooy IVECO yang menyertai Dakar Rally. Sememangnya kita sedia maklum bahawa Dakar Rally amat terkenal sebagai sebuah rally yang paling mencabar dan pasukan Petronas De Rooy IVECO telah memenangi rally ini pada tahun 2016 dengan menggunakan diesel Euro 5 Pro-Drive sebagai bahan api untuk kenderaan mereka.

Pengarah Urusan PDB, Dato' Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata bahawa penyertaan Petronas di Dakar Rally telah memberikan Petronas sebuah platform untuk memperbelajari keperluan menyediakan bahan api yang berprestasi tinggi dan akan terus menerus memperbaiki mutu produk bagi merangkumi pemanduan ekstrem. Beliau turut berkata bahawa Petronas komited untuk meneruskan penambahbaikan bagi memberi manafaat kepada pelanggan mereka.

Menurut beliau lagi, ujian di makmal telah membuktikan bahawa minyak diesel Euro 5 Pro-Drive ini lebih efektif membersihkan bahagian enjin dan memastikan kecekapan enjin pada tahap yang optimum.  Melalui ujian di makmal juga membuktikan bahawa kandungan dari Diesel Euro 5 Pro-Drive ini merekodkan kandungan cetane lebih tinggi, di mana ia membantu meningkatkan kadar pembakaran dan melancarkan pemanduan perjalanan serta lebih bersih dan mengurangkan kadar kebisingan dari bahagian enjin.

Secara ringkas, Petronas Diesel Euro 5 Pro-Drive ini menjanjikan tiga kelebihan sekiranya pemilik kenderaan diesel menggunakan Petronas Diesel Euro 5 Pro-Drive:

1.  Bersih - membersihkan dan melindungi bahagian enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin anda. 
2. Cekap -  meningkatkan kadar pembakaran dan mengoptimumkan prestasi enjin dan menjimatkan penggunaan minyak.
3.  Lancar - lebih mudah menghidupkan enjin anda, mengurangkan gegaran dan pemanduan yang lebih lancar.

Buat masa ini sebanyak 58 buah stesen minyak Petronas yang menyediakan diesel Euro 5 Pro-Drive ini dan jumlah ini dijangka akan meningkat ke 115 buah stesen minyak Petronas pada tahun hadapan.

Untuk mengetahui kedudukan stesen mana yang mempunyai Diesel Euro 5 Pro-Drive ini, sila layari laman web www.mymesra.com.my
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pemasaran PDB, Abang Jimmy Abang Mordian berkata bahawa struktur tiga kali ganda mata…
Berita Domestik
Pengurus Besar Pemasaran, KMM Beng Keat berkata bahawa melalui pertandingan Facebook Pengejar…
Berita Domestik
Harley Owners Group Kuala Lumpur Chapter, Malaysia (H.O.G. KLCM) kini telah menjalinkan kerjasama…