Petronas Dagangan rasmi pembukaan dua buah stesen minyak di Sandakan

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) semalam telah merasmikan pembukaan dua buah stesen minyak yang terletak di Batu 8 Lintas Labuk dan Batu 1.5 Jalan Utara, menjadikan jumlah keseluruhan stesen minyak mencecah kepada 69 buah di seluruh negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi meraikan pembukaan kedua-dua buah stesen tersebut, dua orang pelanggan bertuah iaitu Mohamad Ziman bin Jumat, 35 dan Mohd Busrah bin Nordin telah dipilih untuk menerima baucer mengisi bahan api selama setahun bernilai RM6,000. 

 


Malah, pihak stesen baharu juga menawarkan beberapa barangan yang boleh dibeli di Kedai Mesra pada harga hanya RM1 sementara stok masih ada. 

Menurut Ketua Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly menyifatkan penambahan kedua-dua buah stesen Petronas tersebut sebagai satu langkah bagi memperkembangkan lagi perniagaan mereka di bumi di bawah bayu itu, di samping berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada para pelanggan. 

Buat para pelanggan setia Petronas, jangan lepaskan peluang untuk memperoleh lima kali mata ganjaran Mesra untuk setiap liter bahan api bermula sekarang sehingga 15 September ini. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.mymesra.com.my