Laporan terbaharu daripada Motorsport turut menyebut bermula tahun hadapan, pasukan SRT hanya akan menumpukan perhatian kepada kelas perlumbaan MotoGP, sementara pasukan Moto2 dan Moto3 akan digugurkan.
Difahamkan, pembubaran pasukan Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha untuk melindungi projek MotoGP.
Laporan itu turut menyebut Yamaha telah mengadakan semula perbincangan dengan menawarkan dua jentera 'B-Spec' M1 untuk saingan MotoGP 2022, berbanding penawaran dua spesifikasi yang berbeza diguna pakai pada musim ini.
Dengan pembubaran pasukan Moto2 dan Moto3, agak sukar untuk bakat-bakat baharu (terutama pelumba tempatan) untuk digilap potensinya sebelum diserapkan ke pasukan utama MotoGP.
Sumber: Motorsport