Petronas buka Pusat Penyelidikan dan Teknologi di Itali bernilai RM235 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petronas, syarikat petroleum nasional semalam secara rasminya melancarkan Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global di Villastellone (Petronas Global Research and Technology Centre), Santena, Turin, Itali.

Pusat penyelidikan ultra modern ini akan menjadi nadi dalam usaha inovasi Petronas dalam usaha teknologi produk minyak dan minyak pelincir mereka.

Pelaburan bernilai USD 60 juta (RM235 juta)  ini adalah komitmen Petronas dalam menghasilkan produk-produk terbaik hasil kolaborasi dan usahasama kejuruteraan dengan rakan kongsi OEM Petronas.

Menurut CEO dan Pengarah Urusan Petronas Lubricants Internatiol (PLI), Giuseppe D'Arrigo, kolaborasi bersama rakan kongsi adalah antara punca utama dalam penghasilan produk-produk bermutu Petronas.

 

 

Turut hadir di dalam upacara pembukaan tersebut ialah Timbalan Presiden Pemasaran Hiliran Petronas dan juga Pengerusi untuk Lembaga Pengarah PLI, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Syed Zainal turut menegaskan bahawa pusat R&D PLI di Turin ini ialah nadi bagi inisiatif penyelidikan dan pembangunan Petronas di seluruh dunia.

 

 

"Ia menjalankan tanggung jawab utama dalam pembangunan strategik Petronas untuk menjadi bukan sahaja pusat R&D bagi wilayah Eropah, tetapi sebagai platform agar pakar-pakar dunia ditempatkan untuk membantu dari segi pembangunan teknikal dan teknologi bagi perniagaan industri pelincir Petronas di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Amerika Utara."

D'Arrigo kemudian menekankan bahawa PLI komited dalam melakukan pelaburan di dalam teknologi agar Petronas menjadi peneraju dunia untuk usaha mengurangkan asap CO2.

 

 

Acara tersebut turut mempamwerkan hasil kolaborasi PLI bersama FCA dan CNHi untuk produk-produk global seperti Petronas Selenia Quadrifoglio, pelincir sintetik sepenuhnya yang direka untuk enjin-enjin Alfa Romeo yang berprestasi tinggi.

Satu lagi produk kolaborasi Petronas ialah bersama syarikat trak global, Iveco dengan projek The Sustainable Transport E3 (Energy, Emissions, Efficiency).

 

 

Ia menghasilkan pelincir berviskositi ultra-rendah, Urania E3 bagi diuji pada platform-platform CBG/LNG untuk mencapai piawain asap di masa hadapan.

PLI ialah anak syarikat Petronas yang menghasilkan pelincir Petronas dan memasarkannya ke seluruh dunia.

 

 

Ditubuhkan dalam tahun 2008, PLI telah memasarkan produk pelincir Petronas di lebih 80 buah negara dan ia mempunyai lebih dari 30 pejabat pemasaran di seluruh dunia yang diselia melalui pusat pengurusan wilayah di Kuala Lumpur, Beijing, Turin, Beli Horizante, Chicago dan Durban.

PLI berada di dalam kelompok 10 teratas syarikat pelincir dunia.

Lihat video pelancaran di bawah ini.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…