PETRONAS beri 6X mata ganjaran Mesra!

oleh SALINA JALIL|
Sambutan promosi “The Only Game Where Everybody Wins” oleh PETRONAS baru-baru ini mendapat sambutan hangat. PETRONAS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, terutama 300 pelanggan membawa pulang wang tunai, telefon pintar dan baucar bekalan kasut untuk setahun dari Zalora.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk menghargai sokongan pelanggan mereka, PETRONAS memberikan "hadiah" kepada semua pengguna kad Mesra mereka dengan menawarkan mata ganjaran sebanyak 6 kali ganda, yang merupakan mata ganjaran tertinggi pernah ditawarkan oleh PETRONAS.

 

Kempen 6X mata ganjaran Mesra ini bermula dari 6 Januari sehingga 12 Januari 2018.

 

Sama ada belian bahan api di lebih 1,000 buah stesen PETRONAS di seluruh negara atau produk-produk dari semua 750 buah Kedai Mesra (kecuali rokok, e-Pay dan topup Touch N Go), semua pelanggan yang memegang kad Mesra akan diberikan 6 kali mata ganjaran.

 

Belum ada kad Mesra lagi? Anda boleh dapatkan kad Mesra anda secara percuma dari semua stesen PETRONAS dan anda boleh terus leretkan untuk mendapatkan mata ganjaran.

 

Jangan lupa untuk daftarkan kad Mesra baharu anda itu melalui pendaftaran online di https://www.mymesra.com.my/[email protected] atau sistem SMS (seperti tertulis pada poster di bawah ini).

 

 

Ini baharu dinamakan kad mata ganjaran kerana ia memang benar-benar memberikan ganjaran dengan cara paling mudah!

 

Syabas PETRONAS!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…