Petron turbo diesel euro 5 beri lebih kuasa dan kepuasan pemanduan

oleh DIANA ISMADI|
Baru-baru ini, team Careta bersama rakan-rakan media dan juga bebrapa pelanggan setia Petron telah menyertai “Petron Fuel Happy Trip” sempena ulang tahun Petron yang kelima bagi menguji kehebatan Petron Turbo Diesel Euro 5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Petron merupakan satu-satunya syarikat petroleum di Malaysia yang menawarkan Turbo Diesel Euro 5. Bahan api premium ini adalah diesel yang terbaik di pasaran Malaysia untuk prestasi dan penyuntikan bahan api yang lebih bersih.

170511-Petron Fuel Happy 2017-104

Kelebihan Turbo Diesel Euro 5 yang perlu anda tahu:

  • Dengan formula tambahan premium Tri Action Advantage bagi meningkatkan prestasi kenderaan.
  • Diesel berteknologi maju yang menawarkan kuasa maksimum, mengurangkan lengah ketika penyalaan, meningkatkan prestasi permulaan, dan perlindungan yang lebih baik terhadap hakisan enjin.
  • Mempunyai 10ppm (bahagian per juta) sulfur atau 50 kali lebih kurang sulfur berbanding bahan api diesel Euro 2M dengan 500ppm.
170511-Petron Fuel Happy 2017-108
170511-Petron Fuel Happy 2017-090

 

“Sejak diperkenalkan pada September 2016, kami telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada para pelanggan yang kerap mengunakan Turbo Diesel Euro 5. Produk ini melambangkan komitmen kami dalam menghasilkan produk yang inovatif” ujar ketua Dagangan Runcit Petron, Puan Faridah Ali.

Pengembaraan “Petron Fuel Happy Trip” sepanjang 500km dari Kuala Lumpur ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu telah memberi kami peluang untuk merasai sendiri penawaran kuasa dan kecekapan Turbo Diesel Euro 5.

170511-Petron Fuel Happy 2017-202
170511-Petron Fuel Happy 2017-073

 

Apa yang menariknya, semua peserta berpeluang untuk memandu di laluan “off-road” yang diketuai oleh otai pacuan empat roda (4×4), Nazli KOA. Walaupun ramai yang pertama kali memandu di laluan off road, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menguji skil pemanduan di laluan off road air terjun Jerangan, Pahang dengan kenderaan 4×4 Mitsubishi, Isuzu dan Chevrolet.

Pengalaman pemanduan dengan menggunakan bahan api Turbo Diesel Euro 5 ini ternyata bukan sahaja memberikan lebih kuasa, malah penggunaan bahan api adalah cekap, dan semestinya  lebih mesra alam sekaligus memberikan kepuasan ketika memandu.

Untuk anda yang mahukan lebih prestasi pemanduan dan belum mencuba Turbo Diesel Euro 5, apa kata anda cuba dan alami sendiri untuk mengesahkan kelebihannya.

Turbo diesel Euro 5 kini boleh didapati di 70 stesen minyak Petron seluruh negara dengan harga yang sama seperti Diesel Euro 5.

170511-Petron Fuel Happy 2017-153
170511-Petron Fuel Happy 2017-165

 

 

170511-Petron Fuel Happy 2017-193
170511-Petron Fuel Happy 2017-172

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.petron.com.my/web/