Petron kongsi perbezaan pelincir enjin motosikal dengan kereta

oleh HEZERI SAMSURI|

Pastinya anda ada mendengar cerita-cerita di mana motosikal menggunakan minyak pelincir (minyak hitam) kereta.

"Boleh pakai la, jimat sikit. Baki minyak hitam servis kereta, kita masuk pada motosikal," kata mereka, diikuti dengan anggukan tanda setuju.

Careta bertanyakan kepada Alvin See, Penasihat Servis Teknikal untuk Petron Malaysia adakah ada perbezaan antara pelincir enjin motosikal dan pelincir enjin kereta dan ternyata memang ada.

Di bawah ialah jadual perbezaan antara pelincir enjin untuk motosikal dan untuk kereta.

  

 

Menurut Alvin, pelincir enjin motosikal mempunyai pelbagai keperluan spesifik untuk memastikan komponen seperti kotak gear dan klac berfungsi dengan sebaiknya serta memberikan prestasi maksimum.

Ia juga memberikan perlindungan yang terbaik untuk jangkahayat enjin motosikal. 

Kata-kata "Aku dah lama pakai, tak ada apa pun" tidak boleh dijadikan ukuran kerana mungkin keesokan harinya enjin motosikal itu terbarai di tepi jalan.

Jangan hendak jimat RM10, kita rugi RM1,000.

* Petron sudah mula melancarkan barisan minyak pelincir mereka, termasuk untuk motosikal. Careta sedang menguji minyak pelincir sintetik Rider4T dari Petron pada jentera BMW R 1200 GS. Nantikan laporan kami.

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Petronas, syarikat petroleum nasional semalam secara rasminya melancarkan Pusat Penyelidikan dan…
Berita Global
Liqui Moly, jenama pelincir dan aditif popular dunia dan di Malaysia kini berada secara rasmi di…
Berita Domestik
Untuk mereka, Shell Helix menawarkan rangkaian perlindungan dan juga ganjaran untuk pengguna minyak…