Petron belanja RM5,000 dalam masa 5 minit di Giant!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Cabaran Hypermarket Sweep Petron Musim Ketiga bermula dengan "sweep race" pertamanya di Giant Hypermarket Stadium Shah Alam semalam.

Pemenang-pemenang membawa pulang hadiah-hadiah menarik selain dari berpeluang memenuhkan dua troli dengan barangan Giant dalam masa yang diberikan.

Lapan pemenang utama menerima peluang menghabiskan RM5,000 di Giant dalam tempoh 5 minit. 

Pemenang dibenarkan membawa dua troli masuk dan ditemani oleh tiga orang ahli keluarga.

Petron \1

 

Lapan pemenang saguhati pula menerima peluang berbelanja sebanyak RM3,000 dalam tempoh 4 minit pula.

Sweep race bermakna mereka boleh mengisi troli mereka dengan apa sahaja barangan di dalam Giant, dalam tempoh masa yang ditentukan.

Sekiranya jumlah barangan yang diambil itu melebihi had yang ditetapkan, mereka boleh membayar atau tidak mengambil barangan yang berlebihan itu.

Dalam acara ini, Petron bagaimanapun mengumumkan semua barangan di dalam premis perniagaan Giant Stadium Shah Alam itu dibenarkan untuk acara ini kecuali pelincir enjin kenderaan, minuman wine dan makanan tidak halal serta barangan elektrik.

Petron2

 

Secara keseluruhan, PEtron memilih 56 pemenang dari Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Kinabalu dan hadiah yang disediakan mencecah jumlah RM240,000.

Menurut Faridah Ali (gambar di bawah), Ketua Dagangan Runcit Petron Malaysia, maklum balas yang diterima dalam pertandingan yang sama sebelum ini sangat memberangsangkan.

"Kerana itu pihak Petron mengambil keputusan untuk menggandakan hadiah dan juga lokasi pertandingan agar lebih ramai dapat masuk bertanding," terang beliau.

Petron 4

 

Tahun ini, Petron bekerjasama dengan Giant Malaysia yang mempunyai 157 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada acara semalam, dua buah rumah yatim dijemput. Wakil dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestaru dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone diberi peluang untuk membeli barangan di Giant dengan jumlah RM2,500 setiap satu.

Pihak media yang hadir turut diberi peluang untuk menghabiskan RM500 dalam tempoh tiga minit.

Untuk informasi lanjut akan promosi Petron, layari laman web mereka atau Facebook, Twitter dan Instagram Petron_Malaysia

Petron 6

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Namun, kereta yang sarat dengan ciri keselamatan termaju tidak akan berguna sekiranya anda…
Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…