PESAWAT RINGAN MODEL BK 160 GABRIEL TERHEMPAS DI KAPAR, SELANGOR

oleh Firdaus Razani|
Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas dalam kejadian di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebuah sekolah di Kapar, Selangor pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas di lokasi tersebut.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan tidak dapat perincian mengenai keadaan mangsa serta punca kejadian.

 

terhempas

 

"Saya hanya boleh mengesahkan kejadian namun tidak dapat perincian kerana hanya nampak bahagian ekor pesawat," katanya ringkas kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan kes itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

 

terhempas

 

Pada Selasa, tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan serpihan pesawat terhempas yang tidak diketahui modelnya di sebuah ladang kelapa sawit.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan pesawat itu terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang tengah hari tadi.

SUMBER : Sinar Harian, AstroAwani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…
Berita Domestik
Jelasnya, pesawat itu sudah pun mendapat kebenaran daripada menara kawalan beberapa minit sebelum…