PESAWAT PENUMPANG TERBAKAR DI LAPANGAN TERBANG HANEDA TOKYO

oleh Firdaus Razani|
Sebuah pesawat Japan Airlines terbakar di landasan di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada hari Selasa, menurut laporan NHK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Japan Airlines memaklumkan pesawat 516 terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose menuju ke Lapangan Terbang Haneda.

Kira-kira 400 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, berada di atas kapal, tetapi mereka semua dapat dipindahkan dan hingga kini masih tidak jelas sama ada terdapat mangsa yang cedera atau tidak.

Punca kebakaran juga masih tidak diketahui, tetapi menurut beberapa sumber, ia berkemungkinan akibat perlanggaran kapal Pengawal Pantai Jepun dan pesawat Japan Airlines, yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido.

Menurut laporan media tempatan dan imej yang kini tersebar di media sosial, kelihatan api yang marak menjulang keluar dari tingkap-tingkap dan bahagian atas pesawat ketika ia masih lagi dalam pergerakan.

 

SUMBER : NHK World

Berita Berkenaan

Berita Global
Pesawat penumpang C919 buatan China tersebut telah membuat penerbangan sulungnya sejak Mei tahun…
Berita Global
  Difahamkan, pesawat dibenarkan berlepas selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan…
Berita Global
Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim…