Pertubuhan trak penunda umum harga 2018

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Trak penunda dan pembawa kenderaan (car carrier) adalah satu cabang industri automotif yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna.

Seringkali disalah ertikan, operator trak penunda mempunyai etika dan undang-undang mereka sendiri agar mutu perkhidmatana meningkat dan imej profession itu dimartabatkan.

Perkhidmatan mereka pastinya mempunyai kadar harga yang dipersetujui di kalangan operator trak penunda dan car carrier tersebut. 

Untuk pertubuhan 1 Malaysia Tow Truck dan Car Carrier, mereka telah pun mengumumkan kadar harga bagi perkhidmatan mereka. Careta memetik kembali apa yang ditulis di laman FB mereka tadi.

 

 

Perkhidmatan trak tunda 1-tan
RM150.00 untuk perjalanan di bawah 10 km.

Perkhidmatan trak tunda 3-tan atau car-carrier flat-bed
RM180.00 untuk perjalanan di bawah 10 km.

Perkhidmatan car-carrier flat-bed jenis fully down
RM200.00 untuk perjalanan di bawah 10 km.

Perkhidmatan khas seperti penggunaan “baby-tyre” atau tunda dari tingkat basement
RM250.00 untuk perjalanan di bawah 10 km.

* Tol dibayar oleh pelanggan (satu hala sahaja)

** Harga di atas ialah hanya untuk kenderaan ringan biasa sahaja dan tidak termasuk kenderaan genre MPV, 4X4 dan lori.

Menarik dan profesional kerana sudah ada senarai harga. Mungkin perlu ditambah harga untuk kenderaan dari genre MPV, trak pikap dan sebagainya.

Untuk info lanjut, hubungi mereka di https://www.facebook.com/1mttcc/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan PMVWOA yang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja, tarikh mogok…
Berita Domestik
Bermula sejak jam 6 petang, dalam 400 orang dari ahli TTCCPT dan rakan-taulan mula berkumpul untuk…