Pertandingan Proton - DRB-Hicom U Creative Car Challenge (PD3C) 2018

oleh SALINA JALIL|
Proton dan DRB-Hicom serta kerjasama dari Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) sebagai rakan teknikal menganjurkan pertandingan Proton - DRB-Hicom U Creative Car Challenge (PD3C) 2018.

Pertandingan ini telah dibuka sejak bulan Januari 2018 kepada semua institusi akademik di Malaysia di mana objektif utama pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat muda dari institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Selain itu ia juga bertujuan menggalakkan budaya pertukaran idea antara industri dan tenaga pengajar. Ia juga dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi di bidang kejuruteraan automotif secara amnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat satu kategori utama pertandingan ini dan dua kategori tambahan yang dipertandingkan iaitu:

i.   Creative Car Challenge/Cabaran Kereta Kreatif (secara kumpulan)
ii.  Car Modelling Challenge/Cabaran Model Kereta (secara kumpulan)
iii. Design Battle/Cabaran Reka Bentuk(individu)

Selaku penaja pertandingan ini, Proton telah menyediakan 15 buah kereta untuk 13 kumpulan yang bertanding dalam Creative Car Challenge ini (PD3C).

 

1

 

Model kereta yang diberikan kepada peserta adalah melalui proses undian di mana Proton telah menyumbangkan Exora, Gen 2, Suprima S, Saga FLX, Preve dan Iriz.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 dan hadiah pemenang adalah RM7,000 beserta trofi bagi tempat pertama, RM5,000 di tempat kedua, RM3,000 di tempat ketiga dan RM1,000 di tempat keempat.


Terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi, seperti:

- Setiap kumpulan yang bertanding diwajibkan mempunyai di antara 10 sehingga 15 orang bagi setiap kumpulan dan melantik dua orang Ketua Kumpulan. Dan juga

-  Ahli kumpulan perlu terdiri dari pelbagai bidang dan jurusan dan bukan cuma dari satu jurusan yang sama.

 

Bagi kategori Car Modelling Challenge pula, yuran penyertaan adalah sebanyak RM800 bagi setiap kumpulan. Kategori ini adalah untuk kumpulan yang tidak terpilih untuk menyertai PD3C tetapi secara automatik layak untuk bertanding di dalam kategori ini.

Apa yang perlu dilakukan di dalam pertandingan ini adalah menghasilkan sebuah video mengenai proses reka bentuk kereta ciptaan mereka dan juga menghasilkan model ciptaan mereka dengan menggunakan kadbod atau tanah liat atau pencetak 3-D. Dijangkakan bahawa penyertaan untuk kategori ini adalah sebanyak 100 penyertaan.
Hadiah yang disediakan adalah RM2,500 (tempat pertama), RM2,000 (tempat kedua) dan RM1,500 (tempat ketiga) beserta pingat dan sijil.

Untuk kategori Cabaran Reka Bentuk atau Design Battle pula, ia dibuka kepada orang awam, pereka auto professional, pensyarah, graduan, kakitangan dan pelajar kolej atau universiti.

Tema akan diberikan oleh Ketua Hakim ketika pertandingan berlangsung dan bahan atau keperluan akan diberikan kepada semua peserta. Peserta cuma perlu melengkapkan lakaran tangan dan lukisan dalam masa empat jam.

Yuran penyertaan adalah RM300 setiap orang. Pemberian markah untuk mencari pemenang pula terbahagi kepada dua kategori iaitu melalui institusi awam dan swasta. Hadiah yang disediakan adalah wang tunai sebanyak RM1,500 (tempat pertama), RM1,200 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga) beserta pingat dan sijil.

Dalam sesi penilaian peringkat pertama pada 6 dan 7 Mac 2018 yang lalu dalam kategori PD3C, 13 buah universiti telah berjaya untuk peringkat seterusnya dan pengundian telah dibuat untuk menerima sebuah kereta Proton untuk pertandingan di peringkat akhir.  Mereka terdiri dari 

1.  Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) - Proton Preve

2.  Universiti Malaya (UM) - Proton Saga 

3. Universiti Malaysia Perlis - Proton Suprima S

4. Universiti Sultan Zainal Abidin - Proton Suprima

5. ADTEC Melaka - Proton Suprima

6. TAFE Collage - Proton Gen 2

7. IKM Pekan - Proton Exora

8. Universiti Asia Pacific - Proton Preve

9. Universiti Kuala Lumpur - Proton Iriz

10. IKM Jasin - Proton Preve

11. Universiti Malaysia Pahang - Proton Iriz

12. Universiti DRB-Hicom - Proton Iriz

13. Universiti Malaysia Pahang (Team 2) - Proton Exora

Peringkat terakhir akan berlangsung pada 27 sehingga 29 September 2018 bertempat di dewan Sultan Ahmad Shah, Universiti Automotif DRB-Hicom, Pekan Pahang. Majlis perasmian pertandingan Proton-DRB-Hicom U Creative Challenge (PD3C) itu telah dirasmikan semalam oleh Professor Dato' Seri Omar Osman, selaku Naib Chancellor Universiti DRB-Hicom dan Azlan Othman, Ketua Reka Bentuk, Proton Holdings Berhad. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…