Pertandingan Kereta Vintaj KL Klassika di Sunway Putra Mall

oleh Mohamad Hanif|
Pada 13 Mei yang lepas, Pertandingan Kereta Vintaj KL Klassika telah dianjurkan dengan menampilkan 12 buah kereta unik daripada era 1950-an sehinggalah 1980-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertandingan ini turut menyertakan anugerah Kereta Pilihan Rakyat menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh Rolls Royce Corniche 1963, tempat kedua pula disandar oleh Volkswagen Kubel 181 1972 dengan celoreng tentera, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh MGA 1959. 
 


Dengan kerjasama daripada Kuala Lumpur City Gallery, KL Klassika mengadakan pertemuan pada setiap hari Ahad minggu kedua setiap bulan bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11 pagi.

Perjumpaan ini terbuka kepada peminat dan pendukung industri automotif tempatan dengan tiada sekatan dikenakan terhadap mana-mana kelab atau jenis kenderaan. 

KL Klassika ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh divisyen Culture, Arts, Tourism & Sports (CATS) DBKL dan badan NGO Yayasan Septronic, bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mempromosikan sektor pelancongan di Kuala Lumpur serta budaya automotif yang meluas di kalangan rakyat Malaysia.