PeroTiga - benar atau cuma taktik?

oleh HEZERI SAMSURI|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf kerana jarang dapat menulis di dalam ruangan ini. Sepatutnya sebulan sekali tetapi ya lah, kesuntukan masa kerana terlalu sibuk (alasan lazim orang kita).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apapun, kali ini saya terpanggil untuk menulis. Hari ini, seluruh industri automotif negara terkedu dengan kenyataan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathor Mohamed ketika beliau menghadiri Persidangan Nikkei Ke-24 di Jepun.

Menurut Tun, Proton bukan lagi sebuah syarikat kenderaan nasional kerana dimiliki oleh orang asing. Dari segi teknikal, ia masih lagi syarikat yang didaftar di dalam Malaysia (surat beranak tetap kata ia sebuah syarikat Malaysia). 

Tapi mungkin pada Tun, tanpa sebarang kawalan oleh beliau, Proton bukan lagi syarikat kenderaan nasional. Maka dengan itu, mereka dari Geely pasti terdiam kerana sudah lucut satu lencana di dada Proton. 

Tak apa, Geely sudah cukup besar, sedangkan Volvo dan Lotus boleh dibeli, apa lagi Proton yang sebesar kumin ini. Pasti Proton boleh lebih maju dan menguasai wilayah Asia Tenggara kerana kini ia dikemudikan oleh mereka-mereka yang terbukti. 

 

lotushethel

 

Cuma jika kita rakyat Malaysia mahu berhubung dengan pemimpin teratas mereka, kenalah belajar berbahasa Mandarin kerana dengarnya itulah bahasa rasmi di sana sekarang. 

Hmm.. mungkin akan dibina pulau juga di Tanjung Malim kelak. 

Berbalik kepada PeroTiga, syarikat kereta nasional ketiga yang Tun cadangkan itu, ia mungkin sesuatu yang boleh dilakukan. Malah ia mampu membantu vendor-vendor tempatan dan membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat.

Cuma di dalam senario perdagangan automotif sekarang, akan ada banyak cabaran yang perlu diharungi.

 

1. Cabaran dari segi pasaran

Pasaran domestik kenderaan Malaysia tidak begitu besar kerana jumlah penduduk kita yang tidak begitu ramai. Jika wujud satu lagi jenama ketiga nasional, jualan pastinya akan "dicuri" dari Jenama 1 dan Jenama 2.
Hmmm... atau memang itu yang Tun mahukan?  

 

2. Cabaran melindungi pasaran

Semasa Proton dan Perodua dilancarkan, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun pada masa itu menaikkan cukai untuk produk-produk dari jenama lain. 
Hasilnya, rakyat Malaysia terus membeli Proton kerana itu yang mereka mampu.
Ini sebenarnya normal kerana Korea dan Jepun sendiri mengamalkan benda yang sama.
Sayangnya, kerajaan terdahulu tidak begitu mengukuhkan semangat Buy Malaysian dan kerana itu, rakyat membeli Proton lebih kerana faktor harga dan bukannya kerana semangat patriotik mereka.
Jika perlindungan diberikan kepada jenama nasional yang baharu ini, pastinya wakil industri dan juga rakyat akan membantah.
Negara-negara lain juga tidak akan bersetuju dan akan mengenakan halangan cukai untuk barangan kita masuk ke negara mereka. 

 

kilang 1

 

3. Cabaran merendahkan kos
Umum mengetahui Tun Mahathir mempunyai team B ketika beliau berada di Proton dan mungkin itu yang dimaksudkan sebagai "Malaysia mempunyai keupayaan untuk membina sesuatu yang berkualiti, berteknologi tinggi dan laku di pasaran antarabangsa".
Sayang sekali Proton Iriz tidak mencapai status tersebut. Mungkin ada kekhilafan di mana-mana tetapi yang pasti ialah untuk menghasilkan sebuah produk yang sempurna dan masih mampu milik, maka kos pembuatan perlu direndahkan.
Vendor-vendor memerlukan jumlah pesanan yang tinggi untuk merendahkan harga komponen yang dihasilkan oleh mereka.
Dengan keadaan pasaran negara yang kecil, maka jenama baharu ini perlu mengeksport produk mereka ke negara luar.
Jika Toyota sendiri mengambil masa berpuluh tahun sebelum produk mereka benar-benar berjaya di pasaran asing, menjadi satu cabaran kepada jenama baharu ini untuk terus mengeksport produk mereka.

 

4. Cabaran teknologi dan teknikal
Teknologi automotif sebenarnya berada di tangan vendor-vendor kerana kebanyakan teknologi itu boleh dibeli terus dari mereka.
Namun begitu, seperti yang telah ditunjukan oleh Proton, untuk memastikan kenderaan itu sempurna, teknologi atau komponen yang dibeli perlu dipastikan sesuai dengan aplikasi produk tersebut.
Cabaran untuk jenama ketiga negara ini ialah mereka memerlukan masa dan tenaga berpengalaman untuk berjaya dalam tempoh yang singkat.
Perodua sudah lama berganding bahu dengan Daihatsu dan kakitangan Perodua sudah puas menimba ilmu dari rakan teknikal mereka. 
Sekiranya tumpuan dan bantuan kewangan diberikan kepada Perodua, mungkin mereka lebih bebas untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di luar pasaran negara sahaja.

 

crash test iriz

 

5. Cabaran merealisasikan idea lama
Percaya atau tidak, dunia automotif sekarang melihat semakin banyak jenama disatukan.
Ini terang berlaku di US dan di Eropah kerana pasaran yang semakin menguncup. Generasi baharu lebih gemar menggunakan pengangkutan awam yang lebih murah dan lebih mesra alam. 
Untuk menghasilkan satu lagi jenama baharu, pihak kerajaan perlu memastikan sentimen rakyat selari dengan hasrat mereka kerana kos pembangunan syarikat baharu itu bukannya kecil.
Sebuah kenderaan memerlukan kos penyelidikan dan pemnbuatan sehingga RM750 juta hingga RM1 billion. Ia sangat tinggi dan pulangan modal pasti sukar jika hanya bergantung kepada pasaran domestik sahaja.

 

6. Cabaran untuk menerangkan cadangan ini kepada rakyat
Kebijaksaan Tun Dr Mahathir Mohamed ialah satu fakta yang diterima secara global. 
Beliau dijemput hadir ke majlis di merata dunia kerana ramai yang mahu mendengar idea dan pengalaman beliau. Ini sangat berbeza dari pemimpin yang terpaksa menjemput tetamu untuk memenuhi kerusi di acara mereka sendiri.
Namun begitu, Tun telah mengumumkan bahawa negara kita sedang mempunyai hutang yang sangat tinggi dan kerana itu projek-projek mega yang dicadangkan oleh kerajaan pimpinan terdahulu dibatalkan.
Cabaran utama ialah untuk menerangkan kepada rakyat bahawa penghasilan jenama ketiga kenderaan nasional ini perlu dan memberikan manfaat kepada semua.

 

magic ni

 

7. Cabaran minda
Untuk seorang pemimpin seperti Tun, saya pasti segala isu dan cabaran yang diutarakan di sini sudah berada di dalam minda beliau. 
Namun kenapa Tun sanggup menghasilkan kenyataan yang bakal menerima kritikan negatif dari penyokongnya sendiri?

Adakah ini cuma satu taktik untuk mengalihkan perhatian kita daripada isu yang lain?

Apakah isu yang lain itu pula? 

 

Yang pasti, saya sudah telefon pihak Astro untuk batalkan langganan siaran TV satelit saya kerana drama percuma berada di mana-mana sekarang!

* Foto utama dari  zaid.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
DreamEDGE merupakan sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman di dalam menyediakan solusi dan…
Berita Domestik
Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel pendapat daripada bekas Pengarah Urusan Proton, Tan Sri…