Perodua tingkatkan kebolehan tenaga kerja lepas jualan ke arah rekod 2.14 juta

oleh SALINA JALIL|
Perodua sedang dalam persediaan untuk mencapai rekod 2.14 juta pengambilan servis kenderaan yang dijangka pada tahun ini dan sedang berusaha untuk meningkatkan lagi piawaian, kemahiran dan pengetahuan kakitangan lepas jualannya di seluruh negara menerusi Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua.

Kali pertama ia pernah diadakan pada tahun 1997, Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua memperlihatkan beberapa kategori seperti penasihat servis, formen, mekanik, serta kategori baru iaitu penasihat servis badan kenderaan dan cat (B&P), berentap menerusi beberapa senario yang berkaitan dengan pelanggan
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin berkata para peserta dinilai berdasarkan ketepatan, ketelitian dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Bukan hanya dari perspektif teknikal tetapi mereka juga harus menumpukan kepada Kepuasan Pelanggan (CS).

 

Peraduan tahun ini adalah antara yang terbesar yang pernah dijalankan, dengan lebih daripada 2,000 kakitangan lepas jualan di seluruh negara (cawangan dan pengedar sah Perodua) mengambil bahagian dalam pusingan awal pada bulan Februari lalu.

 

Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 19 Julai menyaksikan mekanik Nur Adilin Mohd Yusuf (cawangan KK1) dan Muhd ​​Izuan Kamarul Baharin (Nagoya Automobile), formen Jamaluddin Ja'asa (cawangan Seremban) dan Felix Chee Tuin (Posh Auto), penasihat servis Noor Faziha Md Anas (cawangan Ipoh2) dan Siti Fatimah Abu Samah (Roda Juara), serta penasihat servis B&P Arthur James (cawangan KK1) muncul sebagai pemenang kategori masing-masing.

 

perodua 2

 

 

“Para pemenang mewakili yang terbaik buat Perodua dari segi perkhidmatan di seluruh negara, dan merupakan contoh kepada kita semua. Kepakaran teknikal, tumpuan kepada pelanggan dan kemahiran penyelesaian masalah mereka akan dikongsi ke seluruh bahagian lepas jualan kami demi para pelanggan kami yang dihargai,” kata Dato' Dr Zahari.

 

“Lepas jualan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami. Melalui persaingan sihat, pertandingan ini memastikan perkhidmatan kami kekal berdaya saing dan relevan kepada keperluan dan kehendak semasa pelanggan.

 

People First dalam slogan Perodua merujuk kepada pekerja serta pelanggan kami. Kami tidak akan berhenti menambahbaik dan meningkatkan keupayaan pekerja kami supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dan seterusnya mengekalkan kepercayaan mereka kepada Perodua,” katanya.

 

perodua 3

 

Tags

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…