Perodua teruskan sokongan alat ganti untuk model generasi kedua Myvi

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai satu penghargaan kepada pelanggan yang setia menyokong produk keluaran mereka, Perodua kini membuka satu barisan pengeluaran baru yang dikhususkan kepada Perodua Myvi generasi kedua.

Operasi yang akan dikawalselia oleh vendor Perodua, iaitu IQM Sdn Bhd bertempat di Proton City Tanjung Malim turut melibatkan alat ganti seperti hud enjin, fender, pintu, dan panel bumbung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02



"Kami ingin memberikan komitmen kepada para pelanggan kami dengan meneruskan sokongan alat ganti yang berkualiti tinggi dan berpatutan demi keselamatan, kemudahan dan ketenangan minda pelanggan kami," ujar Takahashi Masanori, Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd ketika majlis pembukaan Myvi Service Parts Line Jumaat lepas. 
 

"Pemilihan vendor IQM Sdn Bhd merupakan satu pilihan yang tepat. Ini kerana kapasiti kilang pengeluaran kami (ketika ini) sudah berada di tahap kemuncak," tambah beliau. 
 

"Tambahan pula, sebanyak 519,000 unit Myvi generasi kedua masih lagi digunakan oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang menunjukkan jenama (Myvi) ini masih lagi mendapat kepercayaan ramai," ujar Takahashi. 



Buat masa ini, bahagian pengeluaran alat ganti Myvi di IQM Tanjung Malim hanya mengeluarkan komponen yang tinggi permintaan daripada pengguna. Alat ganti enjin masih lagi dihasilkan oleh kilang Perodua di Rawang manakala vendor-vendor yang lain menguruskan selebihnya. 
 

Bermula sebagai pembekal acuan logam, pemasangan kerangka utama kereta dan tiub brek kepada Perodua, IQM kemudian menghasilkan komponen alat ganti bagi Perodua Viva pada tahun 2014 selepas model itu ditamatkan pengeluarannya. Alat ganti Viva masih lagi dihasilkan sehingga kini di fasiliti Tanjung Malim.
 

Menurut Pengurus Eksekutif IQM, Aidil Azlan Mohd Fitri, beliau berkata "sebagai vendor, IQM Sdn Bhd dan Perodua telah lama menjalinkan hubungan berasaskan kepercayaan, kualiti dan kesetiaan yang tiada tandingan kepada para pelanggan sejak 2012."
 

Selain daripada generasi kedua Myvi, sokongan alat ganti bagi generasi pertama Myvi, Kelisa dan Kancil masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…