Perodua SUV bakal diperkenalkan di KLIMS 2018

oleh Mohamad Hanif|
Perodua dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah SUV baharu syarikat tersebut yang dijangka memunculkan diri pada Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) pada November nanti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV dengan kod nama D38L itu bakal menggunakan platform sedia ada Daihatsu Terios yang kini sudah memasuki fasa penjualan di Indonesia, namun seperti biasa Perodua akan menggunakan stail rekaan tersendiri bagi membezakan antara kedua model tersebut. 
 


SUV D38L ini bakal dipasarkan sebagai SUV dengan tujuh tempat duduk untuk bersaing dengan Honda BR-V yang kini dijual pada tanda harga permulaan RM78k. 

Sudah pasti, Perodua bakal memposisikan harga jualan SUV terbaharu itu supaya tidak mencecah tanda aras RM80k yang ditetapkan oleh model varian terendah BR-V itu. 

Daihatsu Terios menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dikongsi oleh Perodua Myvi generasi terkini, dan kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual lima kelajuan atau automatik torque converter dengan empat nisbah kelajuan. 

Setakat ini tiada sebarang varian pacuan semua roda ditawarkan untuk model ini. 
 


Tidak seperti Perodua Nautica yang merupakan unit CBU yang diimport daripada Jepun, SUV D38L ini bakal dipasang di kilang Rawang.

Pada sidang media yang lalu, Presiden dan CEO Perodua Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, cabaran Perodua semasa adalah untuk 'meninggalkan' imej syarikat pengeluar kereta bajet kepada pengeluar yang mampu menawarkan pakej yang lengkap - khidmat pelanggan yang bagus, tahap kebolehpercayaan yang cemerlang serta berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan. 

 


Sumber: Carlist.my

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…