Perodua sumbang alatan perubatan kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

oleh Muhamad Hanif|
Pasukan sukarela Perodua telah melawat Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Sabah pada Jumaat lepas sempena perayaan Kaamatan dan meraikan kedatangan bulan Ramadhan.
Promosi Duit Raya

Perodua menyumbang beberapa peralatan seperti dua set laryngoscope Miller 3 bernilai RM1,800 setiap satu, dan 40 buah bantal bersarungkan PVC.
 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, "Perodua menghargai usaha yang tidak berbelah bahagi diberikan oleh staff Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada orang awam."

Kunjungan tersebut turut mendapat kerjasama daripada pihak Lego Malaysia apabila sebanyak 250 buah hadiah mainan telah diberikan kepada pesakit kanak-kanak termasuklah barangan cenderahati daripada Perodua. 
 


Sementara itu di Semenanjung Malaysia, sepasukan 10 orang sukarelawan Perodua turut melawat Rumah Kanak-kanak Shan di Perai, Pulau Pinang baru-baru ini. 

Mereka pertama kali melawat pusat tersebut pada perayaan Deepavali tahun lepas dengan jumlah sumbangan ikhlas melebihi RM20,000 di dalam bentuk tunai dan barangan keperluan harian. 

Lawatan ini merupakan lanjutan komitmen Perodua terhadap pusat tersebut menerusi Program Tanggungjawab Korporat selama tiga tahun. 

Menerusi lawatan terkini, Perodua telah menganjurkan kelas insentif membuat roti kepada 19 penghuni pusat kanak-kanak tersebut termasuklah sesi gotong royong membersihkan kawasan dan mengagihkan mainan kepada kanak-kanak tersebut. 
 

"Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan bagi menolong kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini selain daripada bantuan kewangan dan barangan," ujar Datuk Aminar

"Kami berharap dengan pendekatan melalui aktiviti pembelajaran seperti ini, ia dapat melengkapkan diri mereka dengan skill dan pengetahuan yang dapat memberikan manfaat sepanjang hayat," tambah beliau. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program keselamatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya…
Berita Domestik
  Menurut Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales yang Careta hubungi sebentar tadi…
Berita Domestik
SUV dengan kod nama D38L itu bakal menggunakan platform sedia ada Daihatsu Terios yang kini sudah…