Perodua sediakan aksesori GearUp untuk Myvi 2017

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua terus menyediakan pakej aksesori GearUp untuk melengkapkan pelancaran Myvi baharu ini.

Datang dalam beberapa pakej, ia direka untuk memudahkan pembeli memilih pakej mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka.

 

Harga dan pakej yang tersedia ialah seperti di bawah:

  • Pakej Premium (untuk Myvi 1.5L sahaja) - RM1,250.00
  • Pakej Eksekutif (untuk semua varian) - RM900.00
  • Pakej Lifesytle (untuk semua varian) - RM700.00
  • Pakej Utiliti (untuk semua varian) - RM320.00

Perodua juga menyediakan pakej-pakej aksesori tunggal untuk dibeli secara berasingan oleh pemilik Perodua Myvi baharu.

Antaranya ialah panel krom, side skirt (untuk model 1.5L sahaja), sarung tempat duduk, karpet kaki jenis coil, plet tebing pintu krom, dulang boot dan pelbagai lagi.

Anda boleh terus ke laman web Perodua untuk melihat aksesori dan harganya.

Add new comment