Perodua sasar jual 6k unit Myvi baharu sebulan; 3k ke 8k untuk eksport

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua mensasarkan sebanyak 6,000 unit Myvi baharu akan terjual dalam masa sebulan.

Itu adalah unjuran yang diberikan oleh presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh semasa pelancaran Myvi tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ini bermaksud Perodua menjangkakan sebanyak 72,000 unit Myvi baharu akan dijual dalam tahun 2018.

Namun apabila ditanya akan jumlah produksi Myvi pula, Datuk Aminar berkata sebanyak 75,000 hingga 80,000 unit Myvi akan dibina di kilangnya di Sungai Choh, Rawang.

Ini bermakna baki dalam 3,000 ke 8,000 unit itu dijangkakan akan dieskport ke pasaran-pasaran luar negara yang sedia ada seperti Indonesia dan Sri Lanka dan mungkin juga akan wujud pasaran baharu.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…