Perodua Myvi kuasai 18 peratus pasaran Malaysia suku pertama 2018

oleh Mohamad Hanif|
Perodua Myvi baharu sekali lagi mencatat kejayaan dengan melengkapkan jualan berjumlah 38,000 unit daripada jumlah keseluruhan tempahan sebanyak 70,000 unit setakat minggu ketiga April 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka rasmi yang dikeluarkan oleh MAA bermula Januari sehingga Mac mencatatkan penjualan kenderaan sebanyak 55,568 unit daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) berjumlah 135,140 unit kenderaan, mengukuhkan penguasaan pasaran Perodua sebanyak 41.5% di Malaysia. 

Dan daripada 55,568 unit tersebut, lebih 24,243 unit yang terjual merupakan model Myvi baharu. 

Ini menjadikan penjualan Myvi menguasai 18 peratus daripada keseluruhan pendaftaran kenderaan baharu pada suku pertama tahun 2018.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato' Dr Zahari Husin berkata, "Pencapaian Perodua menguasai 41.5% yang diumumkan oleh MAA amat bermakna buat kami, di tambah lagi dengan tempahan hampir 70,000 unit model Myvi baharu yang dicatatkan setakat 30 April 2018."

"Kami amat berterima kasih atas sokongan yang berterusan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Perodua," tambah beliau. 

Menurut Dato' Dr Zahari lagi, Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapan operasi bagi memastikan penghantaran dapat dibuat dalam masa yang terdekat. 

Sebagai makluman, tempoh menunggu bagi varian 1.5 liter buat masa ini adalah di bawah tiga bulan, manakala tempahan bagi varian 1.3 liter boleh disiapkan dalam masa yang segera.  

 

 

 


Myvi generasi ketiga merupakan model yang menampilkan teknologi semasa seperti sistem keselamatan aktif Advanced Safety Assist (ASA), penghawa dingin digital, pembaca kad tol terbina dalam serta kereta paling mampu milik dengan penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. 

Serentak dengan itu, Perodua melancarkan kempen Peroduaku Pilihanku pada 5 - 6 Mei 2018 yang menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma dan penebusan tunai sehingga RM1,800 bagi model dan varian terpilih. 

Pelanggan Perodua dan orang ramai boleh merebut peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat varian terbaharu Bezza GXtra yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…