Perodua Myvi baharu - Harga dari RM44K hingga RM55K

oleh SALINA JALIL|
Kereta kegemaran rakyat Malaysia dengan jualan melebihi sejuta unit dalam masa 12 tahun kini kembali dengan perubahan ketara. Tempahan untuk Perodua Myvi generasi ketiga bakal dibuka bermula 9 November 2017. 

Dipasarkan pada harga begitu berpatutan dari RM 44,300 (di atas jalan tanpa insurans), akronim Myvi iaitu Modern technology, Youthful design, Versatile space dan Intelligent safety benar-benar membawa standard kereta kompak ke aras lebih tinggi.

"Perodua Myvi serba baharu ini mewakili apa yang dipegang oleh kami di Perodua. Ia adalah hasil daripada kerja keras dan pengalaman pengeluaran kami selama ini dan juga mendengar apa yang dikatakan oleh pelanggan selain penambah baikan berterusan hasil daripada maklum balas mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Berikut ialah ciri-ciri utama Perodua Myvi generasi ketiga.

Reka bentuk dan kelengkapan:

 

 

  • 99.99% hasil kerja anak tempatan - Model pertama dengan rekaan upper body yang dibangunkan oleh tenaga kerja Perodua
  • Daihatsu membantu Perodua dalam beberapa perkara seperti perancangan produk, perancangan pengeluaran, kejuruteraan dan pengeluaran dan turut berada dalam pasukan pembangunan
  • Lebih panjang, rendah dan lebar dari model sebelumnya 
  • Ruang tandem (jarak di antara kerusi depan dan belakang) ialah 973 mm
  • Roda aloi 14 inci untuk varian 1.3L dan 15 inci untuk varian 1.5L
  • Kesemua varian dilengkapi lampu utama LED dengan fungsi follow me home dan larasan ketinggian, Smart Entry dan Push Start, kerusi belakang dengan lipatan 60:40
  • Teknologi Eco Idle untuk varian 1.3X, 1.5H dan 1.5AV

Nadi kuasa

 

 

  • Dikuasakan oleh enjin 1.3 liter dan 1.5 liter (Dual VVT-i) yang diiktiraf sebagai EEV
  • Enjin NR ini dikeluarkan di Kilang Enjin Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan
  • Dipadankan dengan transmisi lima kelajuan manual (1.3L) dan empat kelajuan E-AT Automatik (kesemua varian)
  • Penggunaan minyak: 20.1 km/l (1.5 AT Dual VVT-i)

Kelengkapan keselamatan

 

 

  • Advanced Safety Assist yang terdiri daripada Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert, Pedal Misoperation Control - Dioperasikan dari kamera yang terletak di belakang cermin pandang belakang - 1.5 Advance AT
  • Electronic Brake Distribution (EBD), Vehicle Stability Control (VSC) - Kesemua varian
  • Enam beg udara - 1.5 High (AT), 1.5 Advance (AT)
  • Empat beg udara - 1.3 Standard G (MT/AT), 1.3 Premium X (AT)
  • Sasaran lima bintang ASEAN NCAP

Varian dan harga (di atas jalan tanpa insurans)

 

 

  • 1.3 Standard G (MT) - RM 44,300
  • 1.3 Standard G (AT) - RM 46,300
  • 1.3 Premium X (AT) - RM 48, 300
  • 1.5 High (AT) - RM 51,800
  • 1.5 Advance (AT) - RM 55,300

Warna

Terdapat enam warna piihan yang ditawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baharu/untuk 1.3 sahaja) dan Granite Grey (warna baharu/untuk 1.5 sahaja)

Untuk melihat Perodua Myvi generasi ketiga dengan lebih dekat, Perodua menayangkan model acahan (teaser) di Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang dari 9 hingga 12 November ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Namun begitu, Muhamad Zamuren Musa tetap setia bersama Perodua. Sudah lebih 20 tahun bersama…
Berita Domestik
  Ini bermaksud Perodua menjangkakan sebanyak 72,000 unit Myvi baharu akan dijual dalam tahun 2018…
Berita Domestik
  Harga dan pakej yang tersedia ialah seperti di bawah: Pakej Premium (untuk Myvi 1.5L sahaja) -…